Durian adalah makanan yang dipanggil raja buah di negara Malaysia. Durian mempunyai kandungan sulfur yang tinggi, sekiranya seseorang itu memakan durian dalam kadar yang banyak, ia akan menyebabkan proses pengeluaran toksin dari badan itu lambat. Pengambilannya harus berpada-pada.
Bercakap mengenai durian, sebuah video tular di media sosial apabila seorang Minah Salleh memakan durian bersama kopi espresso. Di dalam video itu, dia mengatakan bahawa durian dan kopi espresso adalah gabungan yang menarik dan melazatkan.
Dia yang bernama An.Rubik berkongsi videonya di laman TikTok dan menunjukkan bagaimana dia menikmati dua ulas durian bersama 1 shot kopi espresso. Riak wajah An sememangnya menunjukkan dia menikmati durian berkenaan bersama kopinya.
Hal itu telah membuat rata-rata netizen dari Malaysia mencetuskan komen dan menasihati Minah Salleh berkenaan untuk tidak memakan durian bersama kopi. Menurut mereka, durian mengandungi gula yang boleh difermentasi bakteria dalam usus perut hingga menyebabkan pemakannya mengalami kembung perut.
Malah, pengambilannya bersama minuman seperti kopi boleh meningkatkan lagi gejala berkenaan.
@an.rubik Romantic date with durian 😏 With one shot of espresso it’s amazing combo for me 🤤😍 #durian #durianlover #mukbang #foodie #foodtiktok #tropicalfruit #fruit #coffee
@an.rubik Romantic date with durian 😏 With one shot of espresso it’s amazing combo for me 🤤😍 #durian #durianlover #mukbang #foodie #foodtiktok #tropicalfruit #fruit #coffee ♬ Sway – Michael Bublé
“Saya minum durian bersama Nescafe dan berakhir di hospital,” kongsi netizen dengan nama Sha_Shariza.
“Hah? Durian dan kopi? Tolonglah jangan. Akan stresskan hati,” komen netizen lain bernama Han Ali.
“Lepas makan durian jangan minum air Coca-Cola, mungkin akan mati,” tulis netizen lain tentang video makan makanan gabungan durian bersama kopi berkenaan.
Dalam perkembangan sama, menurut info dari Astro Awani, pakar kardiologi, Dr Beni Isman Rusani menyatakan mitos gabungan makanan yang boleh menyebabkan serangan jantung ini adalah tidak benar.
“Mitos gabungan durian dan kopi ini adalah tidak benar. Serangan jantung adalah disebabkan mendapan lemak dalam saluran darah yang membekalkan darah ke jantung.
“Proses ini adalah proses berterusan dan ia juga disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat. Jadi, jika ada yang percaya gabungan ini yang menyebabkan serangan jantung, itu tidak betul,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Norhasnida Zawawi berkata, pengambilan durian dan kopi tidak elok bagi yang menghidap penyakit ‘Irritable Bowel Syndrome’ atau sindrom rengsa usus (IBS).
Jadi, pengambilan durian bersama kopi ini akan bergantung kepada cara gaya hidup seseorang. Bergantung kepada individu dan tidak boleh digenaralisasikan sebagai mitos atau sebaliknya.
Sumber: An.Rubik