Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Siap Cakap Melayu Lagi! Gelagat Minah Salleh Ni Makan Durian Raih Perhatian Netizen

Siap Cakap Melayu Lagi! Gelagat Minah Salleh Ni Makan Durian Raih Perhatian Netizen

Kategori:

Walaupun negara kita tak ada empat musim seperti di negara Eropah, tapi ada satu musim yang sangat dinantikan rakyat Malaysia setiap tahun iaitu musim durian!

Bila sampai saja musimnya, pasti ramai yang mengerumuni gerai durian yang dibuka di tepi jalan untuk nikmati durian bersama rakan dan keluarga.

Memang rugi kalau tak makan puas-puas. Dapat pula durian yang isi lembut dan manis berlemak, memang tak pandang kiri kanan dah.

Namun, seperti yang kita tahu, buah yang berbau kuat ini bukanlah menjadi kegemaran buat semua orang, lebih-lebih lagi orang putih. Mereka selalu anggap bau durian ni meloyakan dan tekak mereka memang tak boleh terima rasa raja buah ni!

Tapi, lain pula ceritanya dengan seorang Minah Salleh yang tular di Tiktok baru-baru ini. Kata Sylvia Good, dia sangat menggemari durian dan tak tahu kenapa orang putih tak sukakannya.

suka makan durian

Dalam video tersebut, gelagatnya untuk cuba bertutur dalam Bahasa Melayu juga cukup mencuit hati.

“Hey, jangan membazir! Sedapnya!,” kata Slyvia dalam hantaran video tersebut.

@sylviagood

Are you a durian lover or hater? I’m a big durian lover 🙋🏼‍♀️ #fyp #foryou #durian #durianlover

♬ original sound – Sil – SylviaGood

Rare Betul Orang Putih Suka Makan Durian!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terkejut melihat Sylvia yang selamba makan durian macam orang Malaysia. Kata mereka, inilah pertama kali mereka nampak orang putih suka makan durian!

suka makan durianWalaupun rakyat Malaysia sinonim sebagai penggemar durian, namun tak semua minat rasa dan baunya yang menusuk hidung.

Ada juga yang lebih sukakan durian yang sudah diolah menjadi makanan seperti bubur kacang durian atau aiskrim durian. Lain orang, lain citarasa, kan?

suka makan durian

Justeru itu, warganet yang tak suka durian sempat bergurau sambil mempersoalkan asal usul sebenar mereka. Kalau tak suka durian maksudnya bukan orang Malaysia ke?

suka makan durian

Hantaran Sylvia mengenai minatnya pada durian menjadi bukti yang bukan semua orang putih tak suka makan durian! Kalau nak tahu, Sylvia juga gemar mencuba pelbagai makanan Malaysia sejak dia mula berhijrah di sini kira-kira dua bulan lepas.

Apa lagi makanan ikonik di Malaysia tapi tak semua gemarkannya? Jom kongsi dengan kami!

Kredit : TikTok @sylviagood

tags: