Ramai yang terkesan disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda negara yang telah menyebabkan ramai orang telah hilang sumber pendapatan untuk memberi makan kepada keluarga mereka.
Bayangkan jika anda mengalami saat sukar tiada wang untuk makan, pasti anda akan rasa sangat bersyukur jika diberi bantuan bukan?
Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada hamba Allah yang tidak bersyukur apabila diberi bantuan dan banyak ‘songeh’ pula apabila orang mahu memberi bantuan.
Pemilik Facebook, Ainul Farina berkongsikan perbualannya dengan seorang Hamba Allah yang mahu meminta bantuan itu, tetapi dia dikatakan tidak bersyukur apabila tidak puas hati dengan jumlah bantuan yang diberikan.
Sumber: Ainul Farina