Baru-baru ini tular sekiranya meminum air terutamanya air suam dapat mengelakkan seseorang itu daripada dijangkiti virus COVID-19.
Bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat terutama mereka yang berada di laman-laman sosial.
Tidak mahu perkara tersebut terus disebarkan, Dr Amalina Bakri melalui satu tweetnya di Twitter menafikan perkara tersebut.
“Ia bukan nasihat (doktor) dan tiada bukti di sebalik syor ini.
“Sila ikuti nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan WHO,” katanya.
This is not recommended and there’s no evidence behind this. Please just follow the advice from @KKMPutrajaya and @WHO. Please stop sharing this fake news. Thank you. https://t.co/E7M5zXvWqt
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 15, 2020
Tweet itu dibuat Dr Amalina bagi menjawab persoalan seorang netizen yang ingin mengetahui benarkah air dapat mengelakkan jangkitan COVID-19.
“Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos.
“Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk/bersin etiquette, duduk rumah dan amalkan social distancing satu meter,” kongsinya di Twitter.
Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di TV nasional, tips ini adalah mitos. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan batuk/bersin etiquette, duduk rumah dan amalkan social distancing 1m. https://t.co/QeqS9YJVQw
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) March 20, 2020
Menjelaskan perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Amalina berkata suhu sekitar 60 darjah celcius memang boleh menyahaktifkan virus yang berada di luar badan.
“Tapi bila sudah dalam badan kita, minum air panas tidak akan lemahkan virus itu.
“Juga tiada bukti yang menunjukkan asid dalam perut boleh membunuh virus tersebut,” jelasnya.
Kenyataan yang jelas yang ditulis oleh Dr Amalina ini pastinya dapat menguraikan persoalan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sebelum ini.
Sumber rujukan : thevocket