Jika berkunjung ke kafe atau restoran, antara air yang menjadi pilihan pelanggan adalah air coklat. Kepekatan koko yang sedap bergantung kepada kedai masing-masing membuatkan air coklat ini istimewa dan sangat mendapat perhatian.
Perkongsian seorang wanita tentang resipi minuman coklat letak perisa jem ini mendapat perhatian ramai. Ini perkongsiannya.
“Baru-baru ini saya dan seorang sahabat keluar minum dan kami mencuba sebuah kedai yang kami tidak pernah pergi. Saya pesan coklat panas perisa oren. Sedap juga. Balik rumah, saya fikir bagaimana hendak berikan ahli keluarga saya rasa apa yang saya minum.
“Bukanlah tidak boleh beli namun faham-fahamlah minuman begitu di kedai sedemikian. Terasa juga belanjanya. Pusingan pertama saya buat guna jem anggur dan minum dengan En. Anuar. Sedap, katanya. Namun tiada gambar.
“Hari ini buat pusingan kedua untuk si bujang kecil dan ratu hati saya. Guna jem strawberi. Pada pendapat saya, anggur dan oren lebih sedap. Namun begitu terpulang pada citarasa anda.
“Selamat mengoko (bolehkah? Kerana bukan mengeteh mahupun mengopi),”ceritanya.
Selamat menikmati minuman coklat letak perisa jem. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid