Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Bising Suami Selalu Tidur Berdengkur? Cuba Minuman Ini. 4 Kali Minum Je, Terus Hilang!

Bising Suami Selalu Tidur Berdengkur? Cuba Minuman Ini. 4 Kali Minum Je, Terus Hilang!

Kategori: ,
minuman hilangkan dengkur

Pasti para isteri berasa terganggu kan apabila si suami selalu tidur berdengkur. Lebih-lebih lagi kalau suami tidur terlebih dahulu. Kita pula seorang yang agak susah untuk terlena. Pusing kiri kanan, belakang depan namun baru sahaja nak terlena, dengar pula dengkuran suami tu.

Akhirnya terpaksa bersengkang mata sampai ke pagi. Dah pesan dekat suami, namun apa suami boleh buat. Dirinya sendiri pun tidak dapat mengawalnya. Tetapi anda mungkin boleh kurangkan dengkuran suami tersayang dengan menyediakan minuman yang dikongsikan oleh Syiema Ima ini.

Menurut orang yang telah mencuba minuman ini, katanya dalam 4 kali sahaja dia minum minuman ini dengkur sewaktu tidur terus hilang serta merta. Nak cuba buat untuk suami? Jom ianya sangat mudah. Gunakan bahan atau barangan yang ada di dapur sahaja.

Minuman yang boleh menghilangkan dengkur serta merta

Bahan-bahan:

  • Kunyit hidup
  • Madu
  • Air suam | suku gelas

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan air suam suku gelas.
  2. Rendamkan kunyit hidup lebih kurang 5 minit.
  3. Kemudian campurkan dengan madu.
  4. Siap. Minum sebelum tidur sehari hanya sekali.

Sangat mudah kan nak buat minuman untuk hilangkan dengkur ini? Selain para suami, para wanita atau isteri yang juga tidur berdengkur ini bolehlah cuba minuman ini. Cuba ikhtiar dengan minuman semulajadi seperti ini, kalau Allah izinkan pasti menjadi.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Syiema Ima

Baca juga: Minum Setiap Pagi, Minuman Ini Mampu Kempiskan Perut Dan Tegangkan Kulit Anda! Ini Resepinya

tags: | |