Iklan raya sudah sememangnya menjadi budaya setiap tahun. Setiap video raya mempunyai unsur yang ingin disampaikan oleh produksi dan penerbit itu sendiri.
Ada yang ingin memberi rasa sedih dan terharu kepada penonton. Dan ada pula yang menggabungkan unsur lawak dan jenaka untuk menghidupkan lagi emosi penonton.
Seperti iklan raya terbaharu oleh jenama SAJI Malaysia (SAJI), video tersebut menangkap perhatian ramai apabila setiap yang menontonnya memberi kesan yang tersendiri kepada jiwa masing-masing.
Mengekpresikan jalan cerita dengan unsur jenaka dan sedih, SAJI telah memfokuskan iklan raya pada tahun ini dengan kata ‘minyak maaf’.
Sinonim dengan jenama SAJI yang ramai mengenalinya melalui jenama barangan dapur lebih-lebih lagi minyak masak, idea penceritaan tahun ini menarik minat ramai.
Ia menceritakan tentang seorang lelaki yang selalu membuat masalah dengan orang kampung disumpah dengan kehilangan orang-orang yang telah marah kepadanya.
Hal ini kerana orang kampung telah ‘naik minyak’ dan dia perlu ‘minyak maaf’ kepada semua yang tersakiti kerana tingkah lakunya.
Nak tahu apa kesudahan iklan raya SAJI ini? Anda boleh tonton di YouTube untuk meresapi sendiri ‘rasa’ yang ingin disampaikan melalui iklan ini.
Tonton di sini Iklan Raya SAJI 2024
Sumber: SAJI Malaysia