Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Mister Potato Perkenalkan Ghost Pepper Black Crisps Edisi Terhad

Mister Potato Perkenalkan Ghost Pepper Black Crisps Edisi Terhad

Kategori: ,
Ghost Pepper Black Crisps Edisi Terhad

Daebak Ghost Pepper Black Crisps Edisi Terhad

  • Mister Potato X Daebak mengeluarkan produk baru edisi terhad iaitu, Ghost Pepper Black Crisps.
  • Boleh didapati di mana-mana cawangan 7-Eleven.
  • Berharga RM3.90.

Gabungan Mister Potato X Daebak Ghost Pepper

Tak dapat disangkal lagi, memang ramai peminat benda-benda pedas ni kan.

Mister Potato telah berkolaborasi dengan Daebak dan menghasil produk makanan baru, iaitu Ghost Pepper Black Crips.

Sumber gambar: Instagram @vana_wan

Pernah tak tengok challenge makan Mi Segera Daebak Ghost Pepper di Youtube?

Kalau pernah tengok, confirm terliur walaupun pedas gila sampai sakit perut! Walaupun pedas gila, ramai rakyat Malaysia yang masih buat challenge tu.

Tapi kali ini, Mi Segera Daebak Ghost Pepper datang dalam bentuk Potato Chips! Hasil gabungan daripada Mister Potato dan Daebak.

Sumber gambar: Instagram @vana_wan

Daebak merupakan jenama pertama yang mengeluarkan Mi Segera Daebak Ghost Pepper yang telah viral di seluruh dunia!

Kali ini didatangkan pula Ghost Pepper Black Crisps. Jika anda penggemar Mi Segera Daebak Ghost Pepper, wajib cuba Ghost Pepper Black Crisps ni pula.

Pasti pedas mengancam juga!

Sumber gambar: KLFoodie

Seperti gambar di bawah, ia merupakan ganjaran kepada anda yang berjaya habiskan Ghost Pepper Black Crisps ni.

Malah, ada diameter yang mengukur tahap anda mengikut masa yang diambil untuk habiskan Ghost Pepper Black Crisps ni!

Sumber gambar: KLFoodie

Untuk peminat pedas, kejap je dapat habiskan ni.

Tapi kalau tak tahan pedas, jangan habiskan sekaligus, sakit perut pula nanti.

Sumber gambar: Instagram @vana_wan

Jom dapatkan sekarang!

Ghost Pepper Black Crisps ini boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven pada harga RM3.90.

Tunggu apa lagi? Dapatkan segera sebab ianya edisi terhad. Dah habis nanti jangan menangis pulak. Hehe.

 

Sumber rujukan :  KL Foodie

tags: