Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penyeludup Minyak Masak Guna Perahu Dayung, Bagi Elak Dikesan Pihak Berkuasa

Penyeludup Minyak Masak Guna Perahu Dayung, Bagi Elak Dikesan Pihak Berkuasa

Kategori:
penyeludup minyak masak

Ketika ini, kebimbangan dan kekecohan rakyat Malaysia berkenaan minyak masak seludup bersubsidi atau minyak masak peket ke negara jiran menimbulkan kemarahan.

Ini kerana, rakyat di negara ini sedang bertarung dan berperang dengan harga minyak masak yang melonjak naik. Tetetapi hal sebaliknya berlaku di negara jiran akibat salah guna kuasa oleh beberapa pihak.

Penyeludup Minyak Masak Guna Perahu Dayung, Bagi Elak Dikesan Pihak Berkuasa

Terbaharu, Berita Harian telah melaporkan satu isu tentang perkembangan minyak seludup peket ke Thailand. Menurutnya, penyeludup simpan minyak masak di satu lokasi sebelum diseludup ke Thailand menggunakan beberapa pangkalan haram.

Malah, penyeludup turut umpan minyak masak dengan kuantiti kecil untuk dirampas pihak berkuasa. Ia sebelum sejumlah kuantiti lebih besar diseludup ke negara jiran ketika pasukan keselamatan leka dengan rampasan tersebut.

umpan minyak masak

Itu antara modus operandi terkini digunakan penyeludup minyak masak subsidi bagi memastikan barangan kawalan berkenaan berjaya diseludup ke negara jiran.

Penyeludup yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, berkata mereka tidak kisah mengalami kerugian menggunakan taktik ‘mengumpan’ itu kerana tetap memperoleh keuntungan besar setiap kali minyak masak subsidi berjaya diseludup.

“Sebagai contoh, 10 kotak minyak masak sengaja ditempatkan di satu lokasi yang agak senang ditemukan pihak berkuasa.

“Lebihan 50 kotak lagi sudah tersedia untuk diseludup apabila menerima isyarat selamat bagi meredah Sungai Golok.

“Kerja ini perlu dilakukan secara berkumpulan dengan kumpulan pertama terdiri dua hingga tiga orang bertindak menyediakan minyak masak di tempat tumpuan pihak berkuasa.

“Kumpulan kedua pula bersedia di tebing sungai dengan sejumlah minyak masak yang banyak untuk memulakan pemindahan sebaik isyarat laluan selamat diberikan,” katanya.

Kumpulan Pertama Pancing Pihak Berkuasa, Kumpulan Kedua Bersedia Angkut Minyak Lebih Banyak

umpan minyak masak

Mat berkata, kumpulan pertama akan memaklumkan kepada kumpulan kedua jika ‘umpan’ mereka itu sedang dirampas pihak berkuasa supaya kumpulan lain dengan pantas memaklumkan kerja memindahkan minyak masak ke negara jiran pada masa yang sama.

“Senang cerita, kami semua perlu berlakon, tetapi ada masanya taktik ini tidak menjadi dan kami terpaksa berputih mata membiarkan minyak masak dirampas.

“Oleh itu, lokasi (pangkalan haram) yang tepat penting supaya kegiatan ini tidak dapat dikesan. Biasanya tempat yang dipilih untuk menyeludup kawasan yang sungainya tidak terlalu lebar atau luas supaya pemindahan dapat dijalankan dengan cepat.

“Kami menggunakan perahu yang didayung bukan menggunakan enjin bagi mengelak bunyi enjin dikesan pihak berkuasa.

“Kerja menyeludup ini dilakukan oleh kumpulan khas bukan dalam kalanagan pemborong kerana mereka hanya menyerahkan kepada kami untuk memastikan minyak masak sampai ke negara jiran,”katanya dalam modus operandi penyeludup minyak masak ini.

Guna Perahu Dayung, Bukan Perahu Enjin Untuk Elak Bunyi Dari Dikesan

umpan minyak masak

Mat juga mengakui sebanyak 15 hingga 20 kotak minyak masak boleh dimuatkan dalam perahu. Mereka perlu melakukannya berulang kali dengan pantas tidak kira waktu siang atau malam.

Katanya, mereka mengenakan caj antara RM100 sehingga RM150 seorang untuk menyeludup minyak masak bersubsidi bergantung kepada kuantiti yang dibawa.

Jadi, dalam kes penyeludup minyak masak ini, pelbagai langlah dan cara yang dilaporkan melalui Berita Harian. Harapnya, dengan keterangan modus operandi ini, pembanteras penyeludupan minyak masak haram dapat ditangani.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: Harga Udang Mahal 5 Ekor RM10, Ibu Ini Masak 3 Ekor Udang Untuk Anak, Mama Papa Makan Kuah Je..

tags: | |