Mountain Cheese Burger adalah antara salah satu menu yang terbaik di gerai Gambier Burger dan Western, iaitu yang beralamat di Cangkat Bukit Gambir I, Gelugor. Gambier Burger dan Western ini, dibuka pada tahun 2004. Ia merupakan sebuah tempat yang selesa, unik dan sentiasa dikunjungi ramai oleh pelanggan. Gerai ini dibuka pada setiap hari selasa hingga ahad. Waktu operasinya pula, dibuka daripada 7 petang hingga 12 malam.

Selain itu, Mountain Cheese Burger merupakan burger lain daripada yang lain dan sukar untuk didapati di gerai-gerain lain. Mereka juga menggunakan daging yang diperap sendiri (homemade) yang telah dimasak dengan baik dan rasa daging yang tebal itu memberi kepuasan kepada pelanggan. Mereka juga menggunakan 3 jenis keju, iaitu cheddar cheese, cheezy cheese, dan mozzarella cheese yang berlemak untuk menyediakan Muntain Cheese Burger ini.

Di samping itu, mereka menggunakan salad yang berkualiti tinggi dan dapat merasa kerangupan salad apabila dicampur dengan 4 jenis sos yang mempunyai rasa yang seimbang, iaitu sos lada hitam, sos putih, sos tomato dan sos BBQ. Di dalam daging pula, diletakkan sekali mozzarella cheese. Selepas itu, ditambah lagi satu lapisan mozzarella cheese di atas daging yang siap dimasak dan disalai dengan api, serta ditambah lagi sos keju seperti gaya ala-ala American style.

Mozzarella cheese yang digunakan menaikkan rasa lemak keju dan sos keju memberi nikmat rasa kekejuan itu kepada pelanggan. Mountain Cheese Burger ini memang sangat sedap memberi kepuasan kepada pelanggan yang membelinya. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:

Sumber: Hypp Inspirasi

(This post has been visited 3 times!)