Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cikgu dan VIP Makan Di Meja, Murid-Murid Bersila Atas Lantai, Susun Atur Majlis Di Sekolah Ni Buat Ramai Ibu Bapa Berang

Cikgu dan VIP Makan Di Meja, Murid-Murid Bersila Atas Lantai, Susun Atur Majlis Di Sekolah Ni Buat Ramai Ibu Bapa Berang

Kategori:

Murid-murid bersila di lantai bukanlah satu perkara yang asing. Pasti kita juga pernah laluinya ketika hadiri perhimpunan di sekolah satu ketika dahulu.

Tapi, sebagai ibu bapa anda rasa patut ke kalau murid-murid bersila atas lantai kantin tanpa alas untuk makan dalam sambutan Hari Raya di sekolah?

Itulah situasi yang digambarkan melalui beberapa gambar yang tular di laman Facebook baru-baru ini.

Cukup menyedihkan, gambar yang dikongsikan oleh Mohd Fadli Saleh menerusi Group Kaki Restore di Facebook jelas menggambarkan betapa ketaranya perbezaan susun atur tempat makan murid-murid dan para guru serta VIP dalam satu majlis sambutan Hari Raya di sekolah.

Murid-Murid Bersila

Murid-Murid Bersila Atas Lantai Kantin Yang Kotor, VIP dan Guru Duduk Atas Meja Bersih

Dalam hantaran tersebut, didapati murid-murid bersila di lantai kantin yang kotor tanpa beralaskan apa-apa. Sementara itu, guru-guru serta VIP pula didapati makan dalam khemah di atas meja yang bersih.

Murid-Murid Bersila

Warganet terutamanya di kalangan ibu bapa berasa cukup sedih dan terkilan dengan situasi dalam gambar tersebut.

Mereka berpendapat yang layanan sebegini memang tak patut dan boleh menjadi contoh yang negatif kepada anak-anak mereka.

Murid-Murid Bersila

Selain etika majlis yang menjadi bualan hangat, isu kebersihan tempat duduk murid-murid juga dipersoalkan apabila lantai kantin didapati kotor dan tak sesuai untuk dijadikan tempat makan anak-anak.

Tambahan pula, murid-murid didapati tak menanggalkan kasut mereka.

Netizen juga naik berang apabila gambar turut menunjukkan seorang individu yang memberikan duit raya kepada murid-murid yang sedang bersila sambil kasutnya dilihat cukup dekat dengan makanan pelajar.

Murid-Murid Bersila

Murid-Murid Bersila

Ini Bukan Soal Manja, Tapi Ni Soal Adab

Sesetengah netizen menganggap ibu bapa yang suarakan rasa tidak puas hati seperti nak memanjakan anak bila diperlakukan macam tu.

Namun, kenyataan ini dibidas cukup-cukup oleh ibu bapa lain yang kebanyakannya tak bersetuju dengan cara dalam gambar kerana ia melibatkan adab dan kebersihan makanan anak-anak.

Tambahan pula pada waktu peralihan pandemik ni, ramai ibu bapa yang risau dengan tahap kebersihan persekitaran anak-anak.

Sejujurnya, memang tak elok dilihat jika anak-anak kita diperlakukan macam tu. Kebanyakan warganet setuju yang cara ini tak sopan dan tak sesuai untuk apa-apa jamuan sekalipun.

Dalam pada itu, ramai netizen yang berpendapat budaya ini perlu dihentikan segera supaya tak menjadi ikutan bagi orang lain terutamanya generasi akan datang.

Sumber : Facebook Kaki Restore 

tags: |