Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Murtabak Bazar Ramadan Inti Syiling 10 Sen, Pelanggan Ini Kongsi Kisah Terkejut Nyaris Tercekik Duit Syiling

Murtabak Bazar Ramadan Inti Syiling 10 Sen, Pelanggan Ini Kongsi Kisah Terkejut Nyaris Tercekik Duit Syiling

Kategori:
Murtabak Bazar Ramadan Inti Syiling 10 Sen, Pelanggan Ini Kongsi Kisahh Nyaris Tercekik Duit Syiling

Tiba sahaja musim Ramadan dan bulan puasa, antara menu dan hidangan yang menjadi tumpuan ramai adalah murtabak.

Dengan inti daging atau ayam yang sedap apabila digigit dan dicicah dengan sirap bawang atau kuah kari, pasti ianya menambah selera ketika berbuka.

Murtabak Bazar Ramadan Inti Syiling 10 Sen, Pelanggan Ini Kongsi Kisah Terkejut Nyaris Tercekik Duit Syiling

Murtabak Bazar Ramadan Inti Syiling 10 Sen, Pelanggan Ini Kongsi Kisahh Nyaris Tercekik Duit Syiling

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang pelanggan yang membeli murtabak di sebuah bazar Ramadan baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi sehingga tular di media sosial, dia menceritakan bagaimana dia nyaris tercekik ketika menikmati murtabak itu. Dalam masa yang sama, dia juga memuji kesedapan murtabak yang dibelinya.

“Alhamdulillah murtabak sedap. Tapi tu la tak habaq nak bagi baki melalui isi dalam murtabak.

“Mujur tak tercekik. Bukan nak cari salah, cuma nak kongsi cerita,” luahnya di group Facebook.

Berdasarkan gambar yang dimuatnaik, kelihatan dua keping syiling 10 sen ditemui daalam murtabak berkenaan.

Ada Inti 2 Keping Duit Syiling, Nasib Baik Murtabak Sedap

Murtabak Bazar Ramadan Inti Syiling 10 Sen, Pelanggan Ini Kongsi Kisahh Nyaris Tercekik Duit Syiling

Melihat kepada ruangan komen, luahan pelanggan berkenaan meraih pelbagai reaksi dan pandangan dari oorang ramai berkenaan kisah murtabak bazar Ramadan inti 10 sen itu.

“Untung lah, duit baki dalam isi. Padu”, kata seorang netizen.

“Pakej, beli murtabak dapat duit,” komen netizen berkenaan kisah murtabak bazar Ramadan inti 10 sen itu.

Untung Lah Duit Baki Dalam Isi – Netizen

Murtabak Bazar Ramadan Inti Syiling 10 Sen, Pelanggan Ini Kongsi Kisahh Nyaris Tercekik Duit Syiling

Semoga kisah kisah murtabak bazar Ramadan inti 10 sen ini dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati ketika meniaga kepada peniaga di luar sana. Mungkin tersilap.

Baca juga: Pelanggan Terkejut Dapat Roti John Rentung Bagaikan Arang, Ramai Perli Ini Menu Terbaru Bazar Ramadan Tahun 2023

tags: