Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Buat Sendiri Bubble Tea Tealive Di Rumah, Dengan ‘My Bubble Tea Kit’ Ini

Buat Sendiri Bubble Tea Tealive Di Rumah, Dengan ‘My Bubble Tea Kit’ Ini

Kategori:
My Bubble Tea Kit

Hari raya aidilfitri tahun ini akan menjelma tidak lama lagi. Jom meriahkan raya anda dengan minuman Tealive. Kini anda boleh buat sendiri bubble tea di rumah dengan menggunakan My Bubble Tea Kit yang telah dikeluarkan oleh Tealive khas untuk anda!

Dengan My Bubble Tea Kit ini, anda boleh menikmati minuman Tealive kegemaran anda di rumah pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan dalam set ini.

Buat sendiri Bubble Tea Tealive Di Rumah

My Bubble Tea Kit ini diilhamkan daripada Bang Bang Milk Tea. Di dalam kit ini mengandungi:

  • 1 kg pearl
  • 500g gula perang
  • 75g Nishio Matcha/250g serbuk koko/50g Dimbula Ceylon Tea
  • 75g Hojicha/250g serbuk koko/50g Dimbula Ceylon Tea
  • 20 straw kertas
  • 3 kotak susu Milklab
  • Resepi

Untuk serbuk perisa, anda hanya boleh memilih 2 pilihan sahaja. Jika mahu menambah perisa lain, caj tambahan akan dikenakan.

Dengan satu set My Bubble Tea Kit ini, anda boleh membuat sebanyak 20-25 cawan minuman pilihan iaitu Bang Bang Brown Sugar Fresh Milk, Bang Bang Brown Sugar Matcha Latte, Bang Bang Brown Sugar Hojicha Latte, Bang Bang Brown Sugar Chocolate, Bang Bang Brown Sugar BOH/Lipton black tea (optional) dan Bang Bang Brown Sugar Coffe Espresso (optional).

Satu set My Bubble Tea Kit ini hanya RM150. Jika anda berminat, boleh dapatkan di sini.

 

Jom lihat cara-cara membuat minuman tealive kegemaran anda di bawah:

 

Kredit gambar: Twiiter, Instagram.

 

 

tags: