Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Logik Ke Bungkus Air Macam Ni?..” Nad Zainal Kecewa Syarikat Makanan Terkenal Tak Pandai Bungkus Air

“Logik Ke Bungkus Air Macam Ni?..” Nad Zainal Kecewa Syarikat Makanan Terkenal Tak Pandai Bungkus Air

Kategori:

Sejak servis penghantaran makanan semakin popular sudah banyak isu yang keluar. Sama ada dari segi pelanggan, penjual makanan dan juga penghantar makanan. Malah baru-baru ini, viral berkenaan dengan seorang pelakon popular iaitu Nad Zainal yang kecewa dan berang dengan salah sebuah syarikat makanan yang boleh dikatakan agak terkenal.

Menurut status yang dimuat naik oleh Nad Zainal di Instagram itu, beliau meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang dipesan menggunakan aplikasi khidmat pesanan makanan rosak disebabkan air minuman yang tertumpah.

Sepatutnya syarikat yang bekerjasama dengan perkhidmatan tersebut juga tidak seharusnya ambil mudah dan perlu memastikan bungkusan yang diberikan kepada penghantar makanan dibungkus dengan kemas dan selamat.

Menurut Nad Zainal juga, secara logik jika air minuman tidak dibungkus dengan sempurna ia pastinya sangat mudah tertumpah ketika rider dalam perjalanan untuk menghantar makanan.

Tak kan la nak bawa motor 20km/j

“Logik ke bungkus air macam ni? Ini bukan salah rider yang hantar makanan.

“Rider yang hantar pesanan naik motor mana tahu apa jadi dalam bungkusan yang dibawa. Tak kan la nak bawa motor 20km/j.

“Sepatutnya syarikat makanan kena pastikan bungkusan elok dibungkus rapi sebelum diserahkan kepada rider penghantar makanan supaya ia tidak rosak apabila diterima oleh pelanggan.

“Walaupun ketika PKP ini tidak nampak muka pelanggan tapi kami bayar jumlah yang sama tidak kira makan di kedai atau bungkus,” luahnya dengan penuh kekecewaan setelah makanan yang diterima habis semuanya rosak terkena air yang tumpah.

Luahan pelakon utama Takdir Yang Tertulis ini telah mendapat maklum balas daripada para rider. Mereka berterima kasih kepada Nad Zainal kerana tidak menyalahkan rider dalam hal ini.

Malah rata-rata warganet juga turut bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh Nad Zainal dan mereka juga pelik mengapa syarikat makanan tersebut tidak menawarkan bungkusan air dalam tin yang ternyata lebih praktikal.

Sumber: Azli Adzif & Nad Zainal

tags: |