Kepada para suami atau yang bakal menjadi suami, anda wajib tahu dan perlu ingat perkara ini. Nafkah untuk isteri tidak termasuk keperluan barang dapur. Sebenarnya ia dua benda yang berbeza. Nafkah untuk isteri anda perlu tentukan dengan betul-betul jelas.
Abang bagi RM100 ini untuk nafkah sayang. Ini lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya.
Nafkah isteri ini diberi tanpa syarat. RM100 itu terserah kepada isteri nak beli apa-apa pun. Ikut suka dia. Sama ada dia nak simpan atau gunakan. Itu hak dia. Inilah baru betul. Cukup nasihatkan isteri, jangan buat benda tak baik.
Namun apa yang menyedihkan sekarang adalah, ramai para suami silap. Bila wujud suami yang tidak menghulurkan duit belanja sebab mereka mengata segala barang keperluan sudah cukup di dalam rumah. “Makan pakai cukup, cukup nafkah kamu”.
Bulan demi bulan, suami mengeluh dan kata ” Bilalah aku nak senang. Tiap bulan tak cukup. Aduhai.”. Sebab apa tak cukup? Sebab dengan isteri kamu berkira dan beri nafkah bersyarat. Walaupun isteri bekerja dan mempunyai duit sendiri namun itu duit isteri. Hak isteri. Ianya tidak akan membatalkan syarat wajib nafkah tersebut.
Anda pernah nampak orang miskin tetapi hidup mereka sekeluarga penuh senyuman dan mesra? “Sayang, ni abang bagi RM20 untuk nafkah sayang bulan ini ye. Minta maaf sedikit je abang bagi.”. Kemudian si isteri menjawab, “Terima kasih abang! Sayang dah lama teringin nak beli minyak wangi kecil tu. Sayang beli tau.”
Kemudian si suami balas lagi, “Beli la sayang. Doakan rezeki abang banyak ya. Dapat belikan satu botol minyak wangi yang berjenama nanti”. Kemudiannya mereka sama-sama sebut “Ameen”. Anda dapat sesuatu tak daripada cerita ini? Tuntutannya bukan pada nilai besar atau kecil. Tapi kefahaman dan ilmu tentang nafkah.
Ustaz Azhar Idrus:
Suami wajib memberi nafkah zahir pada isteri dalam 3 perkara. Iaitu makan-minum, pakaian dan tempat tinggal. Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti alat berhias dan bersuci serta ubat-ubatan lain.
Nafkah makan minum yang wajib adalah 2 kali sehari sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja. Tetapi sekiranya si isteri jenis yang makan banyak. Misalnya sekali makan satu periuk nasi, maka wajib suami beri makan dua periuk sehari. Suami jangan berkira sangat sebab siapa suruh kamu kahwin dengan orang kuat makan.
Manakala nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah dua pasang setahun. Set yang lengkap dan selebihnya adalah sunat. Dua pasang itu termasuklah baju, kain, tudung, stokin, kasut dan pakaian dalam. Yang selebihnya adalah sunat dan suami jangan berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain. Dia isteri yang banyak berjasa.
Bagi nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan isteri. Tidak kira sama ada banglo, flat, rumah atas pokok atau pun khemah, Asalkan sesuai dan ianya selamat untuk si isteri.
Nafkah-nafkah tersebut adalah hak isteri. Sekiranya isteri kata “abang tak payah beri nafkah” maka tidak berdosalah suaminya. Namun jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosa besar suami. Itu juga akan mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.
Ingatlah wahai suami, jika isteri derhaka pada suami. Segala amalan isteri ditolak namun jika suami yang mengabaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.
SEMOGA BERMANFAAT!
Kredit: majalahilmu. Peguam Syarie dan asatizah, ustaz Azhar Idrus