Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Nak Masak Mee Kari Simple Tetapi Sedap? Ini Ada Satu Rahsia Dari Mak Mertua

Nak Masak Mee Kari Simple Tetapi Sedap? Ini Ada Satu Rahsia Dari Mak Mertua

Kategori: ,

Nak masak mee kari yang simple tetapi sedap? Di sini ada rahsianya. Mee kari yang sedap ni kalau hidang ketika hari raya nanti mesti cepat habis kan. Jadi jom la buat dan jadikan ini sebagai menu hari raya nanti.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 bji bawang merah bland
  • 1 labu bawang putih bland
  • 2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
  • 2 kiub pati ayam maggi
  • fishcake
  • fishball
  • tauhu kering
  • isi ayam atau tulang2 ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • gula & garam secukupnya
  • air
  • ikan bilis segenggam dan kisar dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)

Bahan Hiasan:

  • Telur Rebus
  • Cili merah
  • Sawi
  • Taugeh
  • Limau kasturi

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumis bahan kisar , 3 sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
  2. Masukan batang sawi yang dah di potong batang sahaja ok. Daun dia jangan masuk sekli dalam kuah ni. Masukkan ayam , fishball ,fishcake
  3. Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai-pandai la bajek air.
  4. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya, kalau suka pak aji boleh masukan sedikit. Last sekali masukkan tauhu kering.
  5. Tunggu sampai mendidih, siap. Boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu, ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap, saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: are peace dan Anisza mohd Shukri

tags: