Pastinya ramai dalam kalangan kita yang sudah biasa menggunakan kicap Habhal’s atau tahu mengenai kicap ini. Tapi mungkin ramai yang tidak perasan terdapat nama Allah Al-Lathief tertera pada botol kicap berkenaan.
Baru-baru ini seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman Mohamed mendakwa terdapar nama Allah Al-Lathief pada botol kicap berkenaan.
Menurut beliau, kicap tersebut adalah hasil usaha keluarga beliau sendiri dari Datuk Haji Ahmad Haji Abdul Lathief. Baru-baru ini ianya telah dibawa ke perhatian tentang nama Abdul Lathief yang tertera pada label botol kicap dengan tulisan jawa.
Abdul Lathief yang terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al-Lathief adalah nama Allah SWT yang digabungkan dengan lafaz Hamba.
Sudah tentu anda semua gemar makan Kicap HABHAL ini.
Kicap ini adalah hasil usaha keluarga saya dari Datuk Hj Ahmad bin Hj Abdul Lathief
Baru2 ini telah dibawa ke perhatian kami tentang nama Abdul Lathief yg tertera dilabel botol kicap dengan tulisan jawi ( lihat gambar)
Nama عبد الطيف terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al Lathief, اللطيف adalah nama Allah swt yg digabungkan dengan lafaz Hamba.
Nama Al Lathief jika di tulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertaluk pada hukum memuliakan kalimah2 yg baik namun apabila ditulis dalam text Arab ia merupakan nama Allah yg wajib dimuliakan dan tidak diletakkan ditempat2 yg tidak baik seperti di tandas dan tong sampah.
Meskipun perkara ini masih ada argumennya, dinasihatkan apabila anda mahu mencampakkan botol2 yg ada tertera nama agung Allah swt ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahgian yg ada nama Allah اللطيف tersebut utk mengelakkan dari hukum tidak memuliakan nama Allah swt.
Terima kasih atas perhatian anda
Jelas Ustaz Abdul Rahman lagi, nama Al-Lathief jika di tulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertakluk pada hukum memuliahkan kalimah-kalimah yang baik.
Namun apabila ianya ditulis dalam perkataan Arab ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan ditempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah.
Ujarnya lagi, “Meskipun perkara ini masih ada argumennya, dinasihatkan apabila anda mahu mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT.
Sumber : Abdul Rahman Mohamed
Baca juga : Doktor ‘Dedah’ Tempat Penyimpanan Kicap Yang Sebetulnya, Tak Boleh Simpan…