Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Terkejut Harga Nasi Berlaukkan Ayam Goreng Besar Hanya RM5, Tak Sangka Dapat Harga Begitu

Pelanggan Terkejut Harga Nasi Berlaukkan Ayam Goreng Besar Hanya RM5, Tak Sangka Dapat Harga Begitu

Kategori: ,
ayam goreng besar

Apabila kos sara hidup meningkat, ramai orang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup. Dengan itu, keluar untuk menikmati makanan di luar mungkin dilihat sebagai kemewahan bagi sesetengah orang.

Baru-baru ini, seorang pelanggan telah berkongsi penemuannya tentang kedai makan yang menjual nasi berlauk ayam goreng besar dengan harga RM5 sahaja!

Yang paling mengujakan, saiz ayam goreng tersebut sememangnya besar dengan isi padat.

“3 pinggan RM15 je woi! Ayuhlah pindah Perlis ramai-ramai,” tulisnya dalam hantaran di laman X.

Ayam Besar Pinggan, Mana Lagi Nak Dapat Harga Macam Tu? ayam goreng besar

Menurut kepada laporan Wau Post, lelaki itu berkongsi bahawa dia bersama keluarga ke Perlis untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan pada hari raya keempat.

Sebelum menghadiri majlis perkahwinan, dia dan keluarganya memutuskan untuk mencari tempat sarapan.

“Kami ingin mencari kafe estetik atau kedai makan yang menghadap ke sawah padi”, katanya.

Namun, memandangkan pada hujung minggu raya, banyak kedai makan ditutup. Walaupun menuju ke beberapa kafe dan restoran, semuanya tutup.

Lantas, mereka kemudian memutuskan untuk singgah sahaja di Medan Selera Sena untuk melihat apa yang boleh memenuhi perut yang lapar.

Setibanya di sana, mereka terkejut apabila terjumpa seorang penjual yang menghidangkan makanan lauk pauk yang banyak.

Melihat kepada gambar, nasi 3 pinggan berkenaan dihidangkan dengan ayam goreng besar dan ikan goreng. Dan yang paling mengujakan, harga untuk 3 pinggan hidangan yang banyak itu hanya lah RM15.

Kedai Medan Selera Sena, Kangar

“Kami pasti terkejut apabila mendapat tahu makanan itu hanya RM15, memandangkan bahagia ayam goreng besar”, katanya.

Tidak hairanlah, harga makanan itu telah menarik perhatian ramai netizen dan inilah yang dikatakan sebahagian daripada mereka:

“Jika ini di KL, Selangor, Johor, Putrajaya atau Cyberjaya, harganya lebih RM10!”

“Wow, ni murah sangat ni”.

ayam goreng besar

Melihat kepada penetapan harga, sememangnya ia bergantung kepada geografi lokasi dan kos sara hidup di sesebuah negeri. Dan Perlis adalah antara tempat yang mempunyai kos sara hidup rendah.

Semoga peniaga berkenaan dimurahkan rezeki kerana mengisi perut pelanggan dengan harga yang murah.

Sumber: AwanGuning 

Baca juga: Kami Panggil “Air Sejuk, Bukan Ais Kosong” – Sabahan Kongsi Perbezaan Pesanan Minuman Berbanding Di Kuala Lumpur

tags: | |