Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi Butter/Nasi Planta Dahlia’s Kitchen

Nasi Butter/Nasi Planta Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Sedikit perkongsian resepi nasi butter/nasi planta daripada Dahlias’s Kitchen. Semoga dapat membantu anda menyediakan juadah untuk keluarga tersayang.

RESEPI NASI BUTTER/NASI PLANTA

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 9 Ulas Bawang Putih
  • Sepotong Halia
  • Sebatang Serai

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 4 Gayong/Cawan Beras Briyani (dicuci dan rendam 15min dan kemudian ditoskan)
  • 5 Cawan/Gayong Beras Air
  • 1/2 Tin Susu Cair
  • 2-3 Ketul Gula Batu
  • 3/4 Butter atau 5 Sudu Besar Penuh Planta
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • 2-3 Btg Lada hijau
  • Daun pandan
  • Rempah Tumis (kayu Manis 1 btg, Bunga Cengkeh, Bunga Pekkak dan Bunga Lawang)
  • Daun Pudina
  • Daun Ketumbar

Cara-cara:

  1. Panaskan/cairkan planta, masukkan rempah tumis, bawang besar serta daun. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan kesemua bahan kisar. Masak hingga garing.
  3. Masukkan air secukupnya, susu cair, gula batu dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan daun pudina dan daun ketumbar. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan beras briyani. Masukkan lada hijau.
  5. Akhir sekali, masak sehingga nasi matang. Sedia untuk dihidangkan.

*Cara Cara masak sila rujuk pada video.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |