Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Nasi Goreng Cili Padi Pedas Berapi, Memang Mudah Dan Lazat

Resepi Nasi Goreng Cili Padi Pedas Berapi, Memang Mudah Dan Lazat

Kategori: ,
Nasi Goreng Cili Padi

Pada post kali ini kami akan kongsikan dengan anda semua satu resepi mudah iaitu resepi Nasi Goreng Cili Padi. Resepi ini sangat ringkas. Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi.

Kalau pekena nasi goreng cili padi ni dengan sup panas-panas, perghh..memang layan habis lah jawabnya. Lebih-lebih lagi jusim hujan sekarang ni.

Bahan A

  • 3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)
  • 5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)
  • Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je)

Bahan B

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • Cili padi (mengikut kepedasan anda)

Bahan C

  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur ayam

Cara-Cara Memasak:

  1. Kisarkan Bahan B sehingga lumat. Kemudian ketepikan sementara.
  2. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumiskan sementara sehingga naik bau.
  3. Besarkan sedikit api kemudian masukkan telur. Gualkan hingga menjadi seperti scrambled egg(telur hancur).
  4. Kemudian masukkan nasi. Gaulkan hingga betul-betul sebati.
  5. Masukkan garam, kacang panjang yang sudah dipotong dan ikan bilis. Perasakan hingga cukup rasa.
  6. Ikan bilis bole juga diketuk terlebih dahulu(citarasa masing-masing).
  7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu. Sudah cuba hari-hari mahu.

tags: