Malaysia selalu dianggap sebagai syurga makanan, dari utara hingga ke selatan, sehinggalah merentasi laut untuk sampai ke borneo.
Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Antara hal yang membanggakan tentang makanan Malaysia apabila Roti Canai disenarai sebagai antara makanan terbaik dunia.
Manakala Pulau Pinang pula adalah antara lokasi yang dinamakan syurga makanan di persada dunia.
Tetapi tahukah anda bahawa dalam banyaknya budaya dan makanan yang Malaysia kuasai, ada juga yang termasuk dalam senarai ‘paling teruk’ atau tidak enak oleh penilai antarabangsa.
Terbaharu, TasteAtlas, sebuah organisasi kandungan makanan menilai Nasi Goreng Kambing dari Malaysia sebagai makanan paling ‘paling teruk’ di dunia.
Dalam senarai 100 makanan terburuk bagi tahun 2023, Nasi Goreng Kambing terselit pada nombor 48 dunia dan bagi peringkat Asia Tenggara pula, ia berada di tangga kedua terburuk.
Tidak pasti bagaimana carta ini dikeluarkan, tetapi kami percaya mungkin panel yang menilai tidak merasa Nasi Goreng Kambing yang benar-benar sedap.
Atau boleh jadi mereka beranggapan bahawa kombinasi di antara Nasi Goreng dan Kambing adalah tidak sesuai.
Dalam segi penilaian pula, mungkin ia bergantung kepada budaya makanan seseorang itu sendiri. Kalau tekak Asia, memang sedap la kan.
Sumber: TasteAtlas
Baca juga: Peniaga Ikan Mahu Bantu Penduduk Setempat, Jual Ikan Siakap 90 Sen Seekor