Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi Goreng Kicap

Nasi Goreng Kicap

Kategori: ,
nasi goreng kicap

Assalamualaikum, disini saya ingin berkongsi dengan anda cara membuat nasi goreng kicap dengan mudah dan sedap daripada Dahlia’s Kitchen. Dengan resepi yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih lagi berfikir menu apa untuk dimasak untuk sarapan pagi, waktu bersahur dan makan malam.

RESEPI NASI GORENG KICAP DAHLIA’S KITCHEN

*Untuk 2 1/2 leng nasi

Bahan-bahan tumis

  • 1 Biji Bawang Besar ( Dihiris )
  • 2 Ulas Bawang Puteh ( Dicincang
  • Segenggam Udang Kering ( dicincang )

Bahan-bahan lain

  • Kicap Masin ( citarasa masing2 )
  • Lada Sulah ( citarasa masing2 )
  • Crabstick
  • Fishcake
  • 1 Ikat Sayur Sawi
  • Telur Dadar ( yg di pecah2 kan )
  • Nasi 2 Stengah Leng.

Cara-cara memasak

  • Tumis bahan-bahan tumis tadi hingga bawang nampak layu
  • Kemudian masukan crabstick, fishcake mengikut citarasa masing-masing, tambah sedikit lada putih
  • Selepas itu masuk nasi dan kicap masin, telur goreng dan sayur kemudian siap di hidang

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |