Jika di terengganu, nasi himpit sambal hitam memang mudah untuk di dapati di kedai makan pada waktu pagi. Kerana kebanyakan orang Terengganu mereka bersarapan dengan makanan yang sedikit berat. Tetapi di negeri yang bukan pantai timur mungkin sedikit berbeza.
Jadi kalau anda teringin nak makan nasi himpit sambal hitam ini. Boleh cuba buat sendiri, tak susah pun. Nasi himpit tu beli je yang dah siap dan rebus , cuma buat sambal je. Memang sedap sangat.
RESEPI NASI HIMPIT (buatan sendiri)
Bahan-Bahan:
- 2 cawan beras biasa
- 10 cawar air
- 2 sudu teh garam
- Daun pandan
Cara Penyediaan:
- Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk di masak.
- Setelah nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyek supaya nasi hancur.
- Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.
- Kacau nasi setiap 10 minit sehingga nasi betul-betul kering. Masak nasi himpit cara ni kena kacau banyak kali supaya nasi himpit yang terhasil menjadi cantik dan lembut.
- Setelah siap, padamkan api.
- Teruskan melenyek nasi menggunakan sudp atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.
- Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.
- Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
- Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang di sapu minyak tadi.
- Biarkan nasi himpit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum di potong. Lebih bagus jika dibiarkan semalaman.
Kredit resepi: Rasa.my
RESEPI SAMBAL HITAM
Bahan-Bahan:
- 1/2 biji kelapa parut
- 1/2 kilo ikan selayang | di rebus dan ambil isi
- Gula melaka
- Garam
Bahan Tumbuk Halus:
- 2/3 batang serai |hiris nipis
- 5 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- Halia
Cara Penyediaan:
- Goreng kelapa parut sampai garing keperangan , macam nak buat kerisik. Ketepikan.
- Masukkan semua bahan yang ditumbuk kedalam kelapa yang telah digoreng.
- Goreng semua guna api kecil sampai kering..
- Perasakan dengan gula melaka dan garam, inti ni lebih sedap kalau sedikit manis.
- Sejukkan dan kisar guna pengisar kering atau tumbuk.
- Siap untuk dihidangkan bersama nasi himpit.
Kredit resepi : Sedapnya resepi
SELAMAT MENCUBA!