Nasi jagung ialah nasi putih yang dicampurkan dengan jagung yang sudah dikopek. Ia biasanya dimakan sebagai pelengkap sumber karbohidrat. Ia boleh mengatasi masalah selera makan yang menurun. Terutamanya kanak-kanak yang sangat susah makan nasi putih kerana warna nasi jagung yang kekuningan membangkitkan selera makan kanak-kanak. Ia juga boleh dihidangkan bersama lauk. Kali ini saya ingin kongsikan resepi nasi jagung yang dibuat oleh Dhalia’s Kitchen.

NASI JAGUNG DAHLIA’S KITCHEN

*bahan2 yg di tunjukkan dibawah ini adalah untuk 3 leng/cawan beras basmathi

Bahan-bahan tumis

  • 2 Sudu Besar Makan Minyak Gee
  • 2 Senduk Minyak Jagung
  • 2 Biji Bawang Besar ( dihiris dan digoreng hingga layu dan kemudian masukkan bahan bahan kisar ) serta masukkan 3 helai daun pandan (diikat)

Bahan-bahan kisar (blend)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 2 Genggam Bawang Putih
  • 1 Genggam Bawang Kecil
  • 1 Batang Serai
  • 1 Ibu Jari Halia

Bahan-bahan lain

  • 3 Leng Beras Basmathi ( dicuci, direndam 20-30min dan ditos )
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 3 Bunga Lawang
  • 5 Biji Pelaga
  • 5 Biji Bunga Cengkih
  • 2 Ibu Jari Gula Batu
  • 3/4 Tin Susu Cair
  • 2 Genggam Jagung
  • 3.5 Cawan Air
  • 50sen Daun Ketumbar
  • Garam Secukup Rasa

*Optional- 1 Genggam Kacang Gajus, direndam seketika, pastu dikisar, campurkan selepas masukkan susu cair.
Kalau ada anggota keluarga yg mengidap penyakit Gout atau yg Alergi dgn kekacang, diharap jgn letakkan Kacang Gajus ini.

Cara-cara memasak 

  • Panaskan satu senduk minyak sapi dan minyak jagung
  • Masukkan bawang besar, daun pandan dan rempah
  • Kemudian masukan bahan blend biarkan sehingga garing dan masukkan air
  • Masukan gula batu untuk nasi berkilat dan cantik, masukan garam dan daun ketumbar
  • Masukkan susu cair tunggu sehingga gelegak dan masukkan beraas yang sudah di rendam, kemudian masukkan jagung

Kredit: Dhalia’s Kitchen
Selamat Mencuba.

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 3 times!)