Kerana berpegang pada pesan ibunya agar sentiasa berbuat amal dalam berniaga. Seorang peniaga makanan pagi yang bernama Mohd Hasnan Abdul Khairi menyediakan nasi lemak secara percuma kepada pelanggan yang datang ke gerainya.
Lelaki yang berumur 34 tahun ini, memilih untuk berniaga selepas berhenti kerja di Johor dan pulang ke kampung dan mengusahakan jualan makanan pagi sejak Februari 2020 yang lalu.
Sejak mula berniaga lagi beliau telah berbuat amal dan memperuntukkan antara 60 sehingga 100 bungkus nasi lemak secara pecuma kepada pelanggan pada setiap hari Jumaat. Jika pelanggan mahu menambah lauk lain, hanya harga lauk sahaja yang perlu di bayar.
Menurut beliau sejak berniaga di Kampung Paya Pulai, Temerloh Pahang, sering kali hamba Allah yang bermurah hati datang untuk menaja nasi lemak percuma. Dan beliau juga sentiasa terbuka dengan pihak yang ingin bekerjasama dengannya. Sekiranya ada baki, nasi lemak tersebut akan dihantar ke pusat tahfiz atau sekolah agama yang berdekatan dengan gerainya.
Beliau berkata, walaupun apa yang dilakukan itu kecil tetapi semoaga ada sesuatu yang boleh beliau lakukan untuk penduduk setempat. Dan beliau juga berharap apa yang dilakukan itu mendapat keberkatan Allah dan mendapat ganjaran di akhirat kelak.
Sumber: Berita TV9