Ibu merupakan insan yang sangat hebat. Tanpa Ibu siapalah kita. Tanpa ibu tak bermakna kehidupan harian kita. Tanpa doa ibu hilanglah satu keberkatan dalam hidup kita. Selagi kita masih hidup, selagi ibu kita masih hidup hargailah.
Makanlah sepuas-puasnya masakannya. Mungkin itu menjadi masakan terakhir insan yang bergelar ibu yang dapat kita makan.
Seperti mana situasi yang pernah dialami oleh seorang wanita di laman facebook. Di mana dia menceritakan kejadian yang menyedihkan dalam hidupnya apabila dia kehilangan insan yang paling dia sayangi iaitu ibunya.
Menurutnya, pagi terakhir sebelum ibunya meninggal dunia, ibunya sempat memasak nasi lemak dengan sambal telur. Dalam pukul 11 pagi dia dapat panggilan ibunya sudah tiada. Bergegas pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat. Memang menyedihkan apabila melihat seorang ibu buat kali terakhir terbujur kaku dengan kain putih.
Apabila dah selesai pengembumian, perutnya terasa lapar. Bukalah tudung saji di dapur dan nampak nasi lemak dengan sambal telur masakan ibunya yang terakhir. Dia makan sambil menangis dan menikmati masakan terakhir ibunya.
Pagi terakhir sebelum mak pergi menemui penciptanya mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur. Dalam pukul 11 dapat panggilan yang mak dah takde.
So aku pun balik lah ke BP dari KL. Sampai BP dalam pukul 1 lebih gitu lah. Time tu jenazah dekat hospital BP untuk dimandi dan dikafankan.
Petang dalam pukul 3 jenazah mak di bawa ke rumah untuk dilihat buat kali terakhir. Time buka ikatan kain kafan tu lepas tu aku nampak yang dalam bungkusan tu adalah mak aku. Aku tak dapat nak tahan air mata yang tersangatlah sedih.
Lepas tu sembahyang kan dekat surau dan dikebumikan. Selesai sebelum maghrib macam tu la. Dekat rumah mak rasa lapar pula. Buka tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur. Aku tahu ni masakan terakhir mak. Aku cedok dan bahagi sorang sikit adik beradik.
Suapan pertama tu Ya Allah, aku rasa lain sangat masakan tu. Aku makan sambil nangis tapi aku habiskan juga nasi lemak tu sebab tu masakan terakhir mak. Dan aku tak kan dapat rasanya lagi. Setahun sudah berlalu, keangan bersama mak hidup dalam ingatan.
#mak jujur aku rindu
#mak halalkan makan minum aku
#mak ampunkan dosa aku kat mak
#mak terima kasih besarkan aku
#mak terima kasih lahirkan aku
Betul memang ibu adalah hanya pinjaman daripada Allah kepada kita. Kita tidak boleh menolak takdir. Tetapi apa yang kita boleh lakukan adalah sayangilah ibu bapa kita sesayang mungkin dan hargailah mereka semampu yang mungkin sementara mereka masih ada.
Kredit: Shota Shimizu
Baca juga: Tiba-Tiba Temui Anak Lipas Dalam Nasi Lemak, Wanita Ini Nasihat Peniaga Lebih Berhati-Hati!