Artis dan juga usahawan terkenal Malaysia, Noor Neelofa Mohd Nor sekali lagi menjadi bualan ramai apabila kedai kopi yang bakal dibuka di Cyberjaya menjadi tumpuan.
Cawangan yang seterusnya itu mendapat perhatian apabila ada netizen yang menyatakan bahawa kedai kopi itu akan maju memandangkan rakyat Malaysia sedang memilih jenama lokal untuk pilihan kopi.
Berdasarkan hantaran netizen dengan nama Roman Akramovich di laman X, pendapatnya menerima pelbagai maklum balas dari orang ramai ketika membuat satu hantaran berkenaan Noor Coffee yang bakal di buka di Cyberjaya.
“Neelofa buka kedai kopi. Kalau lihat trend semasa, kemungkinan akan laku keras asalkan jaga kualiti dan harga,” katanya di hantaran berkenaan.
Berdasarkan maklumat, kedai kopi itu telah membuka cawangan yang lain di beberapa tempat seperti di Petron Pedas, Rasah, Bandar Kinrara.
Dan cawangan lain yang bakal dibuka adalah di Tamarind Square serta Central I-City.
Dalam perkembangan sama, bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga merupakan pengerusi The Noor Coffee dan dia menyeru kepada orang ramai untuk menyokong jenama tempatan itu.
Kedai kopinya itu memulakan sayap pada tahun ini dan memasuki sektor makanan melalui pengenalan Noor Coffee.
Melihat kepada komen netizen lain, kopi yang disediakan di Noor Coffee kebanyakan sesuai kepada pencinta kopi yang rasanya tidak terlalu pahit dengan lebih kepada rasa manis.
“Ni outlet yang keberapa dah ni. Memang dah ada signature outlet dia dekat Bandar Kinrara. Yang suka kopi manis-manis memang kena dengan jiwa,” kata seorang netizen.
Sumber: Roman Akramovich
Baca juga: Murid Hadiahkan Jambangan Ulam-Ulaman Sempena Hari Guru, Kisah Ini Buat Ramai Terharu