Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Tak Tahu, Nestle Lancarkan ‘Nescafe Kopi Kedah’. 100% Guna Biji Kopi Ditanam Di Kedah!

Ramai Tak Tahu, Nestle Lancarkan ‘Nescafe Kopi Kedah’. 100% Guna Biji Kopi Ditanam Di Kedah!

Kategori:
Nescafe Kopi Kedah

Baru-baru ini, Nestle telah lancarkan produk baru mereka iaitu Nescafe Kopi Kedah yang menggunakan 100% biji kopi tempatan yang ditanam di Kedah. Projek ni sebenarnya sudah berjalan sejak tahun 2019 dengan kerjasama Felda, MARDI, Jabatan Pertanian Kedah dan KEDA. Ia melibatkan lebih 100 peladang di sekitar Kedah dan 70,000 anak pokok.

Namun persoalannya, adakah rasanya sama seperti kopi kampung di sekitar kedah atau kekal dengan rasa Nescafe yang sedia ada? Janga lupa baca perkongsian ini sehingga habis.

Nestle Lancarkan ‘Nescafe Kopi Kedah’. 100% Guna Biji Kopi Ditanam Di Kedah

Menurut Nestle, Kopi yang ditanam adalah kopi jenis Robusta yang dibawa khas dari Ivory Coast. Kerana benih ini lebih sesuai ditanam dengan iklim di Malaysia dan kawasan yang landai seperti Kedah.

Nestle juga menyediakan latihan untuk meningkatkan produktiviti biji kopi serta menjaga kualiti biji kopi menjadi lebih premium. Selain itu, ia membantu meningkatkan pendapatan negara dan membantu dari kebergantungan Nestle Malaysia terhadap produk import.

Selain tanaman padi, tanaman Kopi juga terkenal di Kedah. Mungkin sebelum ni tidak ditanam secara besar-besaran dan hanya ditanam oleh orang-orang kampung sahaja. Dengan usaha sama Nestle dan beberapa agensi kerajaan ni mungkin dapat memperluaskan lagi tanaman kopi di Kedah dan seterusnya seluruh Malaysia.

Kebanyakan orang Kedah ni memang minum kopi jenama mereka sendiri. Mudah didapati di sekitar Kedah, contohnya seperti kopi cap gantang, yang paling famous di sana. Even kerabat DiRaja Kedah juga kebanyakan dari mereka minum kopi kampung.

Kopi Kedah, Rasa Lebih Ringan & Tak Keras

Kalau siapa yang pernah minum kopi dari Kedah, mereka akan tau rasa dia macam mana. Bagi yang tak berapa menggemari kopi, anda akan boleh minum Kopi Kedah ini sebab rasanya lebih ringan dan tak keras. Sesuai untuk semua lapisan umur.

Jadi, mungkin anda akan suka Nescafe Kopi Kedah ini. Mudah sahaja nak minum, hanya perlu bancuh seperti nescafe biasa yang dijual. Baunya semerbak harum macam kopi Starbucks! Jom dapatkan di pasaraya berdekatan anda.

 

Kredit: Lazar Fauzanović

tags: