Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “ Customer Tak Bertanggungjawab!” – Netizen Bengang Pelanggan Lari Lepas Dah Pecahkan Telur, Akhirnya…

“ Customer Tak Bertanggungjawab!” – Netizen Bengang Pelanggan Lari Lepas Dah Pecahkan Telur, Akhirnya…

Kategori:

Apabila membeli di pasar raya, macam-macam gelagat yang perlu dihadapi oleh penjual akibat pelanggan yang cuai. Sampaikan rosak barangan yang disusun di rak akibat terlanggar atau dijatuhkan oleh pelanggan.

Kita yang sama-sama membeli pun kadang-kadang geleng kepala melihatkan karenah customer lain.

Tak Bertanggungjawab Betul!

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang pengguna TikTok terkejut apabila mendapati seorang pelanggan tanpa sengaja telah memecahkan telur yang ingin dibeli.

Namun, si pemuat naik video berasa kesal apabila pelanggan tersebut tak mahu bertanggungjawab dan segera lari meninggalkan telur yang pecah tersebut di lantai.

“Tak bertanggungjawab betul. Jatuhkan dan pecahkan lepas tu tinggal je. Bertanggungjawab la. Sekurang-kurangnya mengaku silap yang dah dibuat,” coret wanita itu dalam hantaran tersebut.

@lily.lepaq.lulu

Good job la very responsible citizen. Shame on you

♬ ZOOM – Jessi

Di samping itu, si pemilik video juga sempat memuji seorang pemuda yang membantu untuk mengangkat dan bersihkan telur yang sudah jatuh ke lantai. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan pelanggan lain terhalang untuk lakukan pembelian dan pembayaran dengan lancar.

Banyak Kali Jumpa Customer Macam Ni

Kata sesetengah netizen yang berpengalaman bekerja di kedai runcit atau pasar raya, karenah sebegini adalah perkara biasa bagi mereka. Bila dah terlanggar, pelanggan panik dan cepat-cepat nak lari.

Tak kurang juga ada pelanggan yang tak mengaku kesalahan anak dan tak mahu bayar ganti rugi.

Walaupun sudah ditunjukkan bukti melalui CCTV, ada customer yang masih tak nak mengaku!

Customer

Pernah Terlanggar Juga

Video ini juga telah membuatkan ramai netizen mengimbau kenangan pahit mereka yang juga pernah terlanggar barangan di pasar raya. Ada yang rasa bersalah dan sudi membayar ganti rugi. Namun, ada juga sesetengah kedai runcit atau pasar raya yang sudi menghalalkan barangan yang sudah rosak akibat terlanggar.

Customer

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Jika kita terlanggar barang tanpa sengaja, adalah tanggungjawab kita untuk akui kesalahan yang dilakukan dan berjumpa dengan pekerja pasar raya.

Tak elok kalau kita tinggalkan barang yang tertumpah begitu saja. Untuk ibu bapa pula, awasi anak-anak supaya lebih berhati-hati ketika membeli-belah.

Sumber : TikTok @lily.lepaq.lulu

tags: |