Benar Tuhan mengatakan, kita kena menyayangi semua makhluk yang Allah ciptakan kerana mereka juga makhluk yang bernyawa dan hidup seperti kita. Cuma, ianya berbeza kerana Allah tidak memberikan akal kepada mereka seperti Allah kurniakan kepada kita.
Jadi, memang wajarlah untuk berbuat baik kepada mereka kerana siapalah kita untuk berbuat jahat kepada mereka. Seperti wanita ini, sanggup berbelanja lebih untuk haiwan peliharaan beliau dan netizen memanggilnya John Beruk T20.
Kisah kehidupan John Beruk T20 ini dikongsikan oleh tuannya yang bernama arrjohnet di TikTok beliau. Tuan beliau ciptakan akaun untuknya dan mempunyai ramai peminat kerana telatah comel beliau membuatkan netizen selalu menunggu contentnya.
Apa yang lebih melucukan adalah makanan harian beliau boleh dikira melebihi RM20 sehari kerana beruk biasa bukan makan makanan seperti John.
Sarapan pagi, John Beruk T20 akan disajikan anggur manis dan vitagen unggu kepadanya. Selepas itu, diberikan pula ice cream break.
Tengah hari pula, ia diberikan buah naga merah dan air laici kotak dan nata de coco sebagai dessert. Makan malam pula, ubi kayu disalut gula putih dan semua makanannya manis dan risau terkena penyakit kencing manis.
Bukan biasa-biasa Beruk John T20 ni, boleh cemburu beruk-beruk yang lain bila melihat ia dilayan seperti raja setiap hari.
Tuannya sangat menyayangi haiwan peliharaannya, kalau hilang atau mati. Mesti menangis kerana rindu dengan telatahnya.
@arrjohnnet #beruktiktok #fyp ♬ mario sound – mandycap
Menerusi di ruangan komen, ramai netizen ingin bertukar tempat dengan John Beruk T20 ini dan cemburu kerana makanan yang dimakannya kerana ia diibaratkan seperti makanan orang barat.
Respect dengan Tuan John Beruk T20 kerana berbuat baik dengan binatang walaupun tahu bahawa haiwan ini tiada akal. Tapi, bila dah sayang sesuatu itu mestilah akan dijaga elok dan sama seperti kita sendiri.
Kredit: arrjohnet
Baca Juga: Beruk Suka Makan Mi Kari, Hirup Kuah Sampai Licin Pinggan!