Akhir-akhir ini, timbul persoalan yang terus menerus bahkan hal ini sebenarnya sudah lama membarah. Masalah kekurangan pekerja di restoran makanan segera atau dengan lebih umumnya di dalam industri food and beverage (F&B) memang merisaukan.
Ini kerana, industri berkenaan semakin kehilangan pekerja. Ramai menyifatkan kerja F&B sebagai satu pekerjaan yang memenatkan.
Hal ini disebabkan, sesetengah restoran atau syarikat F&B menggaji pekerja dengan nilai gaji yang tidak memadai usaha atau tugasnya. Bagaikan mengeksploitasi tenaga kerja dengan membayar gaji yang tidak setimpal.
Selain hal itu, restoran makanan segera juga selalu timbul perdebatan mengenai hal ‘self service’ dalam kalangan masyarakat.
Sekali lagi, hal ini tular dan dibincangkan. Ini apabila satu hantaran di Twitter mencetus perdebatan netizen yang tidak ada hujung pangkalnya.
Ia melibatkan isu segelintir masyarakat yang tidak mahu membuang sampah ataupun meninggalkan meja dengan sampah yang berselerak selepas makan.
Hal ini boleh dikatakan subjektif dan menngikut pemikiran seseorag. Ada yang merasakan membuang sisa sampah ke dalam tong sampah adalah kewajipan kerana ia adalah hal yang dilakukan sehari-hari walau berada di rumah. Dan, ada juga yang berfikir sebaliknya kerana mereka merasakan dia telah membayar upah pekerja.
Isu ini menjadi lebih hangat apabila ada netizen yang mempersoakan dia telah membayar servis tax yang tertera di atas resit. Jadi, buat apa dia kemas? Tetapi sebenarnya, ramai yang salah faham di antara service charge dan service tax .
Dia macamni tau. FnB sekarang ni dahlah ada masalah kekurangan pekerja. Kat kaunter sorang, kitchen ada la dua orang.
Tambah pulak pengguna tak reti nak kemas lepas makan.
Sedih betul tengok orang sekarang.
Common sense mana oi. pic.twitter.com/LBXk0Bn1sC
— Muhammad Eilham (@MuhammadEilham) July 17, 2022
Ia diluahkan oleh seorang wanita yang kesal dengan sikap sesetengah masyarakat Malaysia dengan membandingkan caj itu dengan sikap kemas selepas makan.
“Reply di dalam hantaran ini sungguh mengecewakan. Beza service tax dan service charge pun tak tahu. Lepastu minta nak letak sisa makanan dalam tray dan buat ke dalam tong sampah pun bising” luahnya kesal.
Jelasnya, service tax adalah caj yang dikenakan kerajaan manakala service charge barulah dicaj oleh restoran. Netizen yang mempertahankan service tax sebagai caj upah pekerja megalami kesalahfahaman dalam hal itu. Wanita itu juga menambah, servis charge bukan semua restoran makanan segera mengenakan caj demikian.
The replies and QTs are so disappointing.
Beza service tax and service charge pun tak tahu. Lepastu, mintak nak letak all your leftovers on a tray and buang kat tong sampah pun bising 🙄 https://t.co/srlaJMC3WK
— Nazeera Nasir 🇵🇸🕊️ (@nzranasr) July 18, 2022
Meninjau ruangan komen, ramai yang bersikap dengan mengambil tindakan tidak mahu mengemas meja mereka dengan membuang sisa makanan dan ia adalah perkara yang mengecewakan.
Menurut netizen juga, jika tidak mahu buang makanan ke dalam tong sampah, setidaknya letakkan sisa makanan dengan kemas.
“Dah lah bayar tax servis. meja pun kena servis sendiri. Sebab tu rakyat Malaysia ni senang diperbodohkann bodohkan, kata seorang netizen.
Bagi Min, jika tiada masalah atau tidak mengejar masa, eloklah buang sisa makanan ke dalam tong sampah. Atau setidaknya, mengemas sisa makanan di atas meja dengan elok.
Jika kita mempermudahkan kerja orang lain, Tuhan juga pasti mempermudahkan kerja kita.
Sumber: Eilham
Baca juga: “Menangis Ayah Pin Tengok..”, Lelaki Ini Pakai Cerek Air Jadikan Helmet, Netizen Terhibur