Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Boleh Ke Macam Ni?”- Netizen Risau Lelaki Ini Jalan Kaki Untuk Order Makanan di Drive-Thru, Ada Yang Tak Setuju

“Boleh Ke Macam Ni?”- Netizen Risau Lelaki Ini Jalan Kaki Untuk Order Makanan di Drive-Thru, Ada Yang Tak Setuju

Kategori:

Keenakan makanan di McDonald’s bukanlah perkara baru bagi rakyat Malaysia. Tak kira siang atau malam, pasti ramai yang teringin untuk nikmati hidangan di restoran makanan segera ini.

Ditambah pula dengan pelbagai tawaran hebat di aplikasinya, ramai yang sanggup beratur untuk dapatkan diskaun istimewa untuk pembelian menerusi drive-thru.

Namun, lain pula yang dibuatnya oleh seorang pemuda ini. Menerusi video yang dimuatnaik oleh @yapahloykl, lelaki ini sanggup jalan kaki ke kaunter pandu lalu untuk tebus tawaran dalam aplikasi McDonald’s.

@yapkahhei

Y’all missing out if you don’t use the McDonald’s app 😫

♬ original sound – Pala Baldi – Pala Baldi

Sama seperti pelanggan lain, dia juga dilihat sama-sama ‘beratur’ dengan kereta lain untuk pesan makanan dan buat pembayaran.

Yang paling kelakar, pekerja drive-thru McDonald’s juga meminta lelaki ini untuk ‘parking’ di tepi sementara menunggu pesanannya siap.

Barangkali, pekerja McD pun terkedu ada pelanggan tanpa kereta pesan makanan melalui pandu lalu.

Jalan Kaki

Aku Yang Bawa Motor Pun Serba Salah Nak Drive-Thru

Tindakan berani oleh lelaki ini buatkan ramai netizen terkejut dan terhibur. Netizen yang biasa menunggang motorsikal juga akui ada kalanya serba salah untuk pesan di bahagian pandu lalu.

Ramai yang tak sangka pembelian cara aneh melalui drive-thru begini adalah sah. Seperti di dalam video, pesanan lelaki ini diterima seperti pelanggan berkereta yang lain.

Jalan Kaki

 

Kereta Belakang Macam Nak Langgar Abang Je..

Walaupun cara yang dilakukan oleh lelaki ni agak kelakar, namun memang tak dinafikan berjalan kaki ke drive-thru adalah cara yang agak bahaya memandangkan dia dilihat beratur bersama kereta.

Ada juga netizen yang perasan kereta yang beratur di belakang lelaki ini berada agak dekat dengannya ketika beratur.

Disebabkan itu, ada warganet yang tak bersetuju dengan tindakan lelaki ini.

Jalan Kaki

 

Aku Pernah Kena Halau Order Jalan Kaki Macam Ni..

Nampaknya, tak semua McD boleh terima cara pesanan begini. Buktinya, salah seorang netizen pernah dihalau bila berjalan kaki untuk buat pesanan di drive-thru.

Bahagian pandu lalu dibuat untuk mudahkan urusan pembelian pelanggan yang tak dapat turun untuk dine-in atau beratur di kaunter dalam.

Walaupun cara lelaki ini dilihat kelakar, namun tak semua orang boleh menerimanya. Lagipun, ia boleh mengundang bahaya sekiranya pemandu lain tak perasan kehadiran pelanggan tanpa kereta.

Sumber : TikTok @yapahloykl

tags: