Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hari Last & Hari Paling Penat,” Netizen Sebak Baca Kisah Rider Grab Ini, Ramai Yang Turut Mendoakan

“Hari Last & Hari Paling Penat,” Netizen Sebak Baca Kisah Rider Grab Ini, Ramai Yang Turut Mendoakan

Kategori:
runner-grab-motor-hilang-5

Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menyebabkan banyak sektor terkesan dan ramai yang telah dibuang kerja. Oleh sebab itu, ramai yang telah memilih menjadi penghantar makanan untuk mencari sumber pendapatan.

Walaubagaimanapun, pendapatan penghantar makanan berdasarkan jumlah pesanan yang diterima pada hari tersebut. Bukan itu sahaja, banyak risiko yang perlu ditanggung oleh seorang rider ini. Ramai yang telah mengalami kemalangan kerana terkejar-kejar masa untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

“Semalam last buat grab, semalam paling penat..”

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang rider ini. Dia berkongsikan kisah pilu yang telah meraih perhatian netizen.

Menurutnya, pada 21 Februari adalah hari terakhir dia sebagai penghantar makanan. Pada hari itu juga merupakan hari paling penat buatnya kerana gigih bekerja bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam, tapi hasil diperolehi tidak seberapa.

Selepas selesai bekerja, dia pulang ke rumah untuk berehat dan tidur. Niat di hati, esok akan sambung mencari rezeki dengan lebih gigih. Keesokannya, motor miliknya didapati hilang sebaik sahaja dia terjaga dari tidur.

“Semalam last buat grab. Semalam paling penat. Dari 10 pagi, sampai 12 tengah malam. Ini je hasil. Niat nak balik tidor, esok sambung struggle. Bangun je tidor, tahu tahu motor dah hilang. Hmm.. nasib badan. Harap-harap ini petanda Tuhan nak bagi rezeki yg paling besar.”

Menurutnya, dia sudah membuat tuntutan insurans motor tetapi duit yang diperolehi hanya cukup untuk membayar motor yang baru sahaja dipakai selama 3 bulan.

Dia juga berkata, tweet tersebut hanya niat untuk berkongsi dan tidak mengharapkan bantuan daripada sesiapa kerana buat masa sekarang, keluarganya masih boleh membantu serba sedikit untuk kurangkan bebannya.

Ramai juga yang meninggalkan komen pernah mengalami nasib yang sama dan berharap rider tersebut tabah dengan dugaan yang dihadapi.

“Moga dipermudahkan segala urusan..”

Sumber: @ShahPutra000

tags: |