Perasan tak ada sesetengah produk yang kelihatan hampir sama. Kadangkala bila nak beli satu makanan tu kita boleh terbeli barang lain.
Pastinya ramai yang keliru lebih-lebih lagi kaum lelaki yang jarang membeli dan tidak melihat label dengan teliti.
Lagi-lagi time raya terkejut tahun ni, pasti ramai yang panik membeli barang keperluan sampai kelam kabut dan tak sempat nak semak betul-betul barangan yang ingin dibeli.
Seperti mana kisah lucu yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, di mana bapanya ingin membuka pencuci pinggan baru, tetapi dia pelik apabila menemui sebekas Planta yang berair di sebelah sinki.
Korang mesti dah boleh agak kenapa Planta boleh ada sebelah sinki, kan?
Video yang dikongsikan oleh Afifie Chan itu menunjukkan bapanya telah membuka pencuci pinggan baru namun apabila diteliti lebihh dekat, ternyata bekas yang dibuka bukanlah pencuci pinggan tetapi Planta.
@afifiechan Tak jadi lah buat nasi briyani 🤣
@afifiechanTak jadi lah buat nasi briyani 🤣♬ original sound – Afifie Chan
Melihat Planta yang digunakan sebagai pencuci pinggan oleh bapanya membuatkan Afifie tergelak. Mungkin bapanya keliru kerana Planta itu lebih kurang sama dengan bekas pencuci pinggan jenama Axion.
Ekoran video yang disertai dengan kapsyen ” Tak jadi lah nak buat nasi briyani” itu membuatkan netizen terhibur dan ramai meninggalkan komen yang mengelikan hati.
Rata-rata netizen juga terhibur dengan gelagat bapa si pemilik video. Ini bukan makin bersih, tapi makin berminyak lagi pinggan adalah!
Memang tak dinafikan rupa Planta memang sangat mirip dengan rupa sabun pencuci pinggan dengan haruman lemon.
Bila dah kelam kabut, memang kadang-kadang boleh tak perasan! Lebih-lebih lagi kalau barang yang kita nak gunakan rupanya lebih kurang sama.
Korang yang tengah bergelut basuh pinggan mangkuk dekat rumah waktu Raya ni, jangan lupa cek betul-betul sabun pencuci pinggan sebelum gunakan! Takut-takut korang pula yang jadi mangsa panik raya tahun ni!
Sumber: TikTok Afifie Chan