Dalam kehidupan ini, setiap orang didatangi dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh. Ada kalanya, dugaan dan kekurangan yang dihadapi merupakan satu batu loncatan untuk seseorang lebih maju ke hadapan dalam mendepani liku-liku kehidupan.
Seperti satu video yang tular di laman TikTok, seorang pelanggan kagum melihat kebolehan dan kegigihan seorang peniaga yang terdiri dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menebar roti canai dengan hanya menggunakan sebelah tangan.
Apa yang lebih menarik, peniaga tersebut menebar roti canai dengan menggunakan skill roti canai terbang. Bayangkan, jika kita mempunyai anggota badan yang lengkap pun semestinya susah untuk membuat aksi sebegitu, tetapi peniaga yang dikenali sebagai roti canai Abang Ujang ini melakukannya dengan penuh bergaya.
“Kagum betul tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth!”, kata pemilik video yang merupakan pelanggan di Ujang Asam Pedas Claypot tentang keterujaannya melihat OKU tebar roti canai tersebut.
Melihat kepada video berkenaan, gerak geri penebar roti canai tersebut sememangnya tidak kekok dan ia seperti satu kelebihan yang diberi oleh Tuhan kepadanya.
@amyliarahman Kagum betol tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth 🤩
@amyliarahmanKagum betol tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth 🤩♬ Dj Tiba Tiba Aku Melayang Fyp Viral – Donny Fernanda
Melihat kepada ruangan komen, ramai yang turut memberi respon yang sama. Mereka bangga dan menjadikan ia sebagai satu inspirasi untuk terus kuat semangat dalam mencari rezeki.
Selain itu, netizen juga ramai berpendapat bahawa makanan yang dijual di Ujang Asam Pedas Claaypot yang terletak di Pasar Borong Melaka mempunyai rasa yang tersendiri dan sedap.
“Ini baru betul, nak seribu daya, taknak seribu dalih,” kata netizen dengan nama Kerol memberi komen tentang kisah OKU tebar roti canai terbang ni.
“Tiap kali gi Melaka port wajib makan dekat kedai Asam Pedas abang Ujang ni. Asam pedas tetel paling sedap! Cicah pula dengan roti canai terbang abang Ujang ni.” kongsi Hanis Rusli.
Tahniah kepada peniaga OKU tebar roti canai terbang tersebut. Beliau telah membuka mata kita agar terus percaya kepada rezeki selain berusaha gigih dan mendapat kelebihan hasil titik peluhnya membuat kita terus percaya bahawa usaha dan sabar membuahkan hasil yang lumayan.
Semoga abang tersebut terus maju jaya!
Sumber: Amyliarahman