Foodpanda mendapat kerjasama bersama mereka untuk menjadi platform yang pertama sebagai platform penghantar makanan. Di mana pelanggan OLDTOWN boleh menggunakan platform ini untuk memesan makanan daripada mereka.
Tiga (3) Menu Rahmah Kasih Sayang yang diperkenalkan ialah:
- Nasi Lemak Rahmah + Lime Drink (RM4.50 per set)
- Nasi Lemak Rahmah With Sausage + Lime Drink (RM5 per set)
- Nasi Lemak Rahmah With Minced Chicken + Lime Drink (RM5 per set)
Jika anda ingin menukar air Lime Drink tersebut dengan air yang lain yang terpilih sahaja dan anda perlu menambah wang sebanyak RM2 sahaja.
Bukan itu sahaja, OLDTOWN akan melancarkan pelbagai menu untuk pelanggan setia mereka. Antaranya ialah Menu Ramadan Raya sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lgi.
Selain itu, mereka juga memperkenalkan makanan ‘Ready To Dish’ dalam bentuk produk sejuk beku yang memudahkan para golongan bekerja atau suri rumah. Ia dijadikan sebagai makanan yang mudah untuk dihidang dengan kualiti yang sempurna.
Jadi, marilah sama-sama kita untuk memberi sokongan kepada peniaga dan syarikat yang sedang membantu rakyat Malaysia. Anda boleh kunjungi mana-mana cawangan OLDTOWN White Coffee yang berdekatan dengan anda.
Kredit: Berita Harian