Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Terima Kasih Orang Baik…”- Pelanggan Warga Asing Menangis Terharu Dapat Nasi Lemak, Tunggu Setengah Jam Sambil Tunjuk Perut.

“Terima Kasih Orang Baik…”- Pelanggan Warga Asing Menangis Terharu Dapat Nasi Lemak, Tunggu Setengah Jam Sambil Tunjuk Perut.

Kategori:

Nilai berbuat baik sesama manusia perlulah sentiasa diterapkan dalam diri masing-masing dan bukan untuk orang Islam sahaja. Kita haruslah berbuat baik kepada semua manusia tidak kira jantina, agama, dan juga umur. Orang yang berbuat baik sudah pasti akan disayangi dan dimurahkan rezeki.

Sama juga seperti pemilik Gerai Nasi Lemak Acak Hakiki atau orang baik yang berkongsi rezekinya dengan seorang pelanggan warga asing yang tidak mampu untuk bercakap Bahasa Melayu atau Inggeris. Seorang penjual melihat ada seorang pemuda warga asing yang berdiri di depan gerainya selama setengah jam.

“Terima Kasih Orang Baik…”- Pelanggan Warga Asing Menangis Terharu Dapat Nasi Lemak, Tunggu Setengah Jam Sambil Tunjuk Perut.

Menerusi video tersebut, Acak berkata bahawa dia melihat pemuda itu berdiri sangat lama dan tidak memesan apa-apa makanan. Pemuda itu rupa-rupanya tidak pandai berbahasa Melayu mahupun Inggeris. Tapi dia hanya mampu menggunakan isyarat dengan menunjukkan perutnya yang sedang kelaparan.

Acak kemudian menyuruh pekerjanya membungkus nasi lemak untuk pemuda itu. Acak juga memberitahu pemuda itu supaya setiap pagi, dia boleh mengambil nasi lemak dari gerai Acak.

orang baik

Selain itu, Acak juga turut berkongsi rezeki dengan membuka ruang kepada sesiapa yang ingin membuat infaq walaupun hanya RM1.

orang baik

Kegembiraan jelas terpampang pada muka pemuda itu selepas mendapat nasi lemak dari gerai Acak. Pemuda itu berlari dengan gembira dan Acak memberitahu bahawa gerai nasi lemaknya diserbu pelanggan setelah dia berbuat baik.

@acak_east Tunggu setengah jam tapi malu untuk bersuara nak bercakap tapi tidak faham Melayu & English #foryoupage #foryou #fyp #nasilemakacakhakiki #alambudiman #kongsirezeki #infaqsedekah #nasilemakviralalambudiman #nasilemakterbaik #janganlupasuppport ♬ Maafkan Aku – Syahriyadi

Rata-rata netizen juga berasa sangat terharu dengan tindakan Acak ini.

Menerusi di ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih kepada tuan kedai ini kerana berbuat baik kepada masyarakat tak kira bangsa dan agama.

orang baik

orang baik

Oleh itu, kita haruslah sentiasa berbuat baik dengan semua orang. Tidak rugi untuk kita berbuat baik sesama manusia.

Perbuatan ini juga boleh menjadi satu cara berdakwah secara tidak langsung kepada semua manusia untuk menarik minat mereka mendekati Islam tidak kira sama ada sesama Muslim ataupun yang bukan Islam.

Sumber: Acak East 

Baca juga: Tengah Happy-Happy Nak Tiup Lilin Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Tiba-Tiba Ada Budak Nak ‘Tolong’ Tiup Lilin Di Kek! 

tags: | |