Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rezeki Banjir, Orang Kampung Sauk Durian Dalam Sungai Sampai Penuh Bakul. Ini Ceritanya!

Rezeki Banjir, Orang Kampung Sauk Durian Dalam Sungai Sampai Penuh Bakul. Ini Ceritanya!

Kategori:
orang kampung sauk durian

Ramai orang menyatakan bahawa sekarang musim durian kerana di mana-mana sahaja boleh nampak orang jual durian. Misalnya di tepi jalan mahupun di atas talian ini, ramai yang berkongsi gambar durian yang memang nampak sedap.

Biasanya, durian diambil dan diperoleh di atas pokok yang tinggi oleh pekebun-pekebun mahir. Ia juga dilakukan dengan memasang jaring atau pukat ikan di bawah pokok durian dewasa semasa musim buah durian gugur.

Rezeki Banjir, Orang Kampung Sauk Durian Dalam Sungai Sampai Penuh Bakul. Ini Ceritanya!

Tetapi, hal yang unik berlaku di salah sebuah kampung terletak di Muar, Johor. Melalui satu perkongsian video di laman TikTok yang dimuatnaik oleh @remustrikefishing, dia dan rakan kampung sedang melakukan aktiviti menyauk durian dari sebuah air sungai yang mengalir.

Menerusi video berkenaan, kelihatan air sungai yang begitu deras dipercayai disebabkan banjir membawa banyak biji durian yang terapung. Menyifatkan kejadian itu sebagai ‘rezeki tak salah alamat’, mereka menyauk durian itu menggunakan jaring buluh.

orang kampung sauk durian

“Sauk durian! Nelayan baru (nelayan durian, bukan nelayann ikan),” katanya dalam video tersebut. Durian yang disauk mereka memenuhi bakul yang disediakan. Acara sauk durian dilakukan denngan kerjasama dan suka ria.

Menurut pemilik video, kejadian ini jarang berlaku di kampungnya. Ia berlaku apabila tiba musim durian dan musim hujan lebat sehingga banjir yang berlaku dalam masa yang sama serta serentak.

orang kampung sauk durian

@remy_strikefishing Reply to @mr_ceoofchick memang mantap tuan.. rezeki tak salah alamat.. #alhamdulillah #fyp #fypシ #durian #banjir #fypシ゚viral #syukur #xyzbca #nelayandarat ♬ original sound – •| Remy Strike Fishing |•

Meninjau ruangan komen, ramai yang mempersoalkan tentang hukum menyauk durian dan harus mencari tahu siapakah pemiliknya. Tetapi, hal itu dijawab oleh pemilik video sendiri bahawa kampung mereka memang mengamalkan muafakat bersama.

Mengambil salah satu persoalan netizen, @dol berkata, kejadian yang dikongsikan sama seperti kisah makan epal yang dimaksudkan denngan (kisah pemuda dengan sebiji epal) tentang halal haram menita izin barang dari tuan atau pemilik sahih.

Dia menyoal, “sebiji macam kisah makkan epal. Kena cari siapa pemiliknya. Kalau pemiliknya halal tak apa, kala tak, akan dikira di sana,” tulisnya pada ruangan komen.

Pemilik video membalas, “Alhamdulillah, kampung kami muafakat. Mereka seperti keluarga. Rezeki kongsi sama-sama. Tuan kebun tahu dan dah dihalalkan, jangan risau,” tulisnya bagi menjawab pertanyaan netizen untuk persoalan tersebut.

orang kampung sauk durian

Selain itu, rata-rata netizen juga berpendapat bahawa durian yang disauk dan diambil oleh mereka tentu sudah mendapat keizinan. Daripada membazir, baiklah meminta izin dan mengutipnya.

“Tudiaaa! Terbaik bang, daripada terus hanyut ke laut membazir sahaja. Kulit elok-elok naa. Tolong basuh siap,” kata seorang netizen bernama @dikwan.

Tuan Kebun Dah Halalkan Durian Ni

orang kampung sauk durian

Alhamdulillah, jika semua sudah mendapat izin, memang tindakan orang kampung sauk durian baik daripada membazir. Baik bagi kepada orang kampung dan makan bersama. Bagus betul hidup dalam permuafakatan begini. Semoga selalu damai dan baik buat penduduk kampung yang mengamalkan toleransi.

Sumber: Remy_strikefishing 

Baca juga: Makan Malam 4 Beranak Bertukar Tragedi, Dapur Gas Steamboat Meletup Di Restoran!

tags: | | |