Ketika ini, berita digemparkan dengan banjir di negeri Kelantan dan negeri Pantai Timur Lain seperti Terengganu. Setakat berita ini ditulis, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kini seramai 9,214 orang pada Isnin.
Angka itu melibatkan 2,724 keluarga yang di tempatkan di 82 PPS seluruh negeri.
Terbaharu, sebuah video yang melibatkan salah seorang mangsa banjir di Kelantan tular apabila gelagat seorang lelaki memakan nasi bungkus atau nasi berlauk dengan tenang walau sudah terselam separuh badan.
Melihat kepada video tersebut, air banjir di kawasannya sudah melebihi paras bahaya dan terpaksa berjaga-jaga. Tetapi, perut perlu diisi untuk tenaga. Mahu tak mahu, nasi perlu disuap walau dalam keadaan sebegitu.
Video berkenaan telah tular dan mendapat perhatian netizen apabila mendapat lebih 100 ribu tanda suka dan 5 ribu komen yang pelbagai.
@zulaikhaameer75 #banjir ♬ original sound – zzack🍁
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen memberi reaksi masing-masing. Ada yang komen dengan seloroh dan ada yang menitikberatkan keselamatan supaya semua mangsa berjaga-jaga.
“Orang Kelantan orang kata kalis dah dengan banjir ni. Terima seadanaya je lah,” komen seorang netizen dalam nada seloroh dalam kisah orang Kelantan kalis banjir berkenaan.
“Nampak macam best je kan main air tapi hakikatnya letih hadap banjir. Nak-nak yang setahun sampai 2 hingga 4 kali banjir. Semoga dipermudahkan urusan awak,” kata netizen lain dengan nama Rina Az.
“Allahuakbar, kesiannya makan dalam air. Semoga dipermudahkan segala urusan awak sekeluarga,” tulis Rinatalib memndoakan mangsa banjir menerusi kisah kalis banjir tersebut.
“Makan lepastu boleh kencing terus, tak payah pergi toilet,” seloroh Fazzyan.
Dalam gembira dan duka semua orang, semoga segala urusan mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia dan di mana-mana tempat dipermudahkan Tuhan.
Semoga diberi kekuatan untuk terus kuat dan semoga banjir yang sentiasa berlaku ini ada jalan penyelesaiannya daripada pihak yang bertanggungjawab.
Sumber: Zulaikhaamer75
Baca juga: “Benda Dilarang Lah Dia Makin Nak..”, Ibu Suap Anak Makanan ‘Ini’, Dari Beria Tiba-Tiba Menyesal..