Siapa tak kenal Cik B kan? Anak kepada usahawan seorang wanita popular di Malaysia, Datuk Seri Vida tu. Dia juga telah mengikut langkah ibunya menjadi usahawan dengan membuka kedai makanan bernama Cik B Boba Love di tiga buah cawangan setakat ini.
Menu utama yang dijual di kedai Cik B adalah air boba dan sosej cheese yang boleh ditarik panjang tu. Terbaharu mengenai perkembangan kedainya, ibunya Datuk Seri Vida meluahkan rasa kecewa apabila kedai anaknya, Cik B disihir sehingga memberi kesan kepada kehadiran jumlah pelanggan.
Menurut Gempak, Datuk Vida menyaksikan sendiri kedai Cik B yang menjual pelbagai makanan ringan itu dahulunya sentiasa penuh dengan pelanggan. Tetapi kini menjadi sunyi sepi.
Tambahnya lagi, hal ini disebabkan oleh pengunjung yang tidak nampak di mana kedudukan kedai Cik B walaupun ia dibuka hampir setiap hari.
“Kedai Cik B yang sangat popular orang datang dekat Jelapang, tapi orang cakap sihir, saya tak percaya. You bayangkan seolah kedai saya orang nampak tutup dan ada orang cakap tak nampak,” ujarnya menerusi satu hantaran video di laman Instagram.
Jelas Vida lagi, terdapat beberapa batang pokok yang terletak di sebelah kedai Cik B dikhuatiri telah dishir dan diletakkan benda-benda jahat. Ia mempengaruhi pandangan mata pengunjung.
Susulan daripada penemun tersebut, dia bertindak menebang pokok terbabit.
“Saya pergi berubat, orang cakap ada yang letak pokok pisang di tepi kedai saya. Orang kata letak kat pokok pisang lepas tu orang cakap dekat pokok ada gantung pocong, polong ke apa semua.
“Ni tebang pokok pisang sebab buang sial. Siapa yang dajjalkan aku, nak buang sial. Aku tebang cantas pokok pisang ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Vida memaklumkan diia mengenali siapa yang menghantar sihir berkenaan. namun mengambil sikap berdiam diri bagi menjaga aib.
“Inilah orang kata berniaga orang Melayu dengki. Ini bukan masalah dengki apa tau, dia nak tengok saya jatuh, Orang nii saya taknak lah cakap siapa tapi walaupun saya tahu tapi biarlah.
“Saya tak mahu aibkan orang, biarlah. Ini bukan content, kedai saya jadi sendu orang tak nampak. Bukan sebab orang tak nak datang tapi orang tak tahu dekat mana,” ulasnya dalam video terbabit.
Sekadar rekod dan info tambahan, kedai Cik B kini mempunyai tiga cawangan yang berada di Pertama Complex KL, Angsana Mall Ipoh Perak, dan Petronas 2 Jelapang, Ipoh Perak.
Sumber: Gempak
Baca juga: “Air Dari Kayangan..”, Air Kosong RM2.50, Pelanggan Kesal Rasa Dianiaya, Rupannya Ramai Dah Complain