Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Umur Dah Masuk 30-an, Orang Perempuan Kena Amal Pemakanan Ini Untuk Awet Muda

Umur Dah Masuk 30-an, Orang Perempuan Kena Amal Pemakanan Ini Untuk Awet Muda

Kategori: ,
pucuk gajus awet muda

Jangan biarkan wajah anda kelihatan tua sebelum waktunya. Biasanya kaum hawa cukup sensitif dengan hal-hal sebegini kerana risau banyak kedutan akan muncul pada wajah.

Jika anda ingin melambatkan penuaan wajah supaya tidak nampak berusia, sebaiknya perlu pengamalkan petua yang akan dikongsikan ini. Lagi-lagi jika usia anda telah mencecah 30 tahun ke atas.

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan mengamalkan memakan pucuk daun gajus yang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.

2 cara yang boleh diamalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus

1. Makan begitu sahaja

  • Ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
  • Jadikan pucuk gajus ini sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.

2. Minum air rebusan

  • Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
  • Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
  • Bila dah mendidih, biarkan ia suam dan air rebusan sedia untuk diminum.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ini setiap hari. Ia bukan setakat untuk awet muda, juga baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Selain itu, ada lagi 5 petua awet muda yang telah dikongsikan oleh Nurul Fazilah Tajuddin.

Petua awet muda

1. Selepas bangun daripada tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan ia setiap hari selepas bangun tidur. Insya-Allah muka anda akan kelihatan berseri-seri setiap hari.

2. Ambil pucuk gajus, bersihkan ia dan makan tanpa direbus. Anda juga boleh meminum air rebusan pucuk gajus tersebut untuk kelihatan awet muda.

3. Anda boleh gunakan kedua-dua jari telunjuk kedua-dua belah tangan anda dan letakkan di dagu. Pusingkan-pusingkan jari anda mengikut arah jam sehingga ke pipi anda dan seterusnya ke hidung anda dan akhir sekali hingga ke dahi anda. Kemudian minum air suam sebelum mengambil sarapan. Diingatkan kepada anda supaya jangan sesekali mengurut dari dahi ke bawah kerana ia mempercepatkan proses kedutan.

4. Makan daun pudina mentah setiap hari atau anda boleh jadikan ia sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan makan daun ini selalu untuk kelihatan muda dan berseri-seri setiap hari.

5. Kupas sengkuang dan kisar bersama kunyit serta beras yang telah direndam sebelumnya. Sapukan pada kulit muka anda setiap hari dan lihat hasilnya.

Sumber: Akak Pesan

tags: |