Mydin, merupakan sebuah pasaraya yang sudah cukup terkenal di Malaysia. Di setiap negeri, pasti akan ada pasaraya Allahyarham Tuan Mydin Mohamed ini. Mula dibuka di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1957, Mydin Mall sebelum ini memulakan perniagaan menjual barangan mainan dan barangan am. Pada ketika itu dia hanya menggunakan wang hasil titik peluh sendiri namun kini ia telah berjaya membuka berpuluh-puluh cawangan di seluruh Malaysia.
Antara Mydin yang terbesar di Malaysia pula ditubuhkan di Tunjong, Kota Bharu dan telah pun dibuka bermula hari ini, 10 Mac 2022. Ekoran pembukaannya tersebut, terdapat pelbagai barangan yang dijual pada harga yang murah serta menarik perhatian ramai. Antara makanan yang dijual pada harga yang tidak masuk akal iaitu berharga 10 sen adalah buah epal dan ikan mabong.
Berkenaan dengan ikan mabong ini, menerusi video yang dikongsikan oleh Kuliner Kelantan dan yang dimuat naik kembali oleh Abohmung24 menerusi aplikasi TikTok, kelihatan orang ramai sedang berebut untuk mendapatkan ikan yang berharga 10 sen seekor tersebut.
Malah jelas kelihatan orang ramai yang mengerumuni dan berebut untuk mengambil dan memasukkan ikan berkenaan ke dalam plastik. Tiada langsung penjarakan antara satu sama lain. Mereka kelihatan seolah-olah tidak takut akan virus yang melanda dunia dan sedang merebak ketika ini.
@abohmung24 Jangan sampai macam ni weii.. Xde sop. Beratur. ingat orang belakang juga.. emmm#abohmung #beranda #buatbaik #suamiidaman
@abohmung24 Jangan sampai macam ni weii.. Xde sop. Beratur. ingat orang belakang juga.. emmm#abohmung #beranda #buatbaik #suamiidaman ♬ Selawat tafrijiyyah – Nadnasyaniey
Malah warganet juga turut mempersoalkan tentang standard operating procedure (SOP). Rata-rata dari warga TikTok yang menonton video berkenaan kelihatan amat geram dan marah. Tidak kurang juga ada yang berasa bimbang, katanya kalau salah seorang yang terkena covid di situ, habislah yang lain.
Dalam masa yang sama, ada juga warganet yang berasa kasihan melihat mereka yang sanggup berebut untuk mendapatkan ikan berkenaan. Ekoran itu, ramai pihak yang meminta kerajaan melihat situasi ini, betapa susahnya nasib yang dialami oleh rakyat sehingga mereka terpaksa berebut sedemikian rupa.
Walau apa pun, didoakan semoga semuanya baik-baik dan sihat walafiat sahaja. Kadangkala mereka terpaksa berebut bagi mendapatkan ikan yang murah bagi meneruskan kelangsungan hidup. Memandangkan tidak semua orang hidup dalam keaadaan senang lenang. Walaubagaimanapun, tetaplah mengingati orang belakang. Jangan pula dikaut semua.
Kredit: Instagram Kuliner Kelantan & TikTok Abohmung24
Baca juga: “Kene Scam..”, Belajar Dalam Bidang Tourism Tapi Intern Buat Mi Kari Buat Lelaki Ini Buntu