Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Orang Vietnam Jual Nasi Goreng Ular Di Kaki Lima Buat Warganet Ketakutan Dan Kasihan!

Orang Vietnam Jual Nasi Goreng Ular Di Kaki Lima Buat Warganet Ketakutan Dan Kasihan!

Kategori:
nasi goreng

Nasi Goreng Ular memang kedengaran agak menakutkan. Tambahan pula kini rakyat Malaysia atau pun negara lain berasa takut untuk memakan haiwan eksotik berikutan desas desus mengatakan punca Coronavirus adalah daripada haiwan atau binatang eksotik.

Tetapi lain pula di Indonesia kerana rakyat mereka masih menjual Nasi Goreng Ular di kaki lima. Peniaga yang menjual Nasi Goreng Ular ini adalah keturunan Vietnam. Memang kedengaran agak ngeri dan menakutkan. Bagi rakyat Malaysia yang tidak pernah merasai haiwan ini memang berasa geli dan tertanya-tanya bagaimana rasanya kan?

Video berkenaan dimana orang vietnam menjual Nasi Goreng Ular ini direkod oleh YouTuber terkenal Indonesia iaitu TheSantoso. Video yang dimuat naik pada 18 Disember 2020 itu berkenaan dengan seorang pakcik berniaga Nasi Goreng Ular di kaki lima.

Pakcik ini sudah hampir 3 bulan menjual nasi goreng tersebut di tepi jalan. Walaupun pendapatan yang diperolehi tak seberapa namun itulah punca pendapatannnya. Mungkin sudah tiada pilihan lain selain berniaga nasi goreng ular.

Video yang menunjukkan dari awal Pakcik ini memasak memang agak mengelikan. Setelah nasi goreng ini siap dimasak memang Youtuber itu merasai sendiri bagaimana rasanya. Tetapi malangnya nasi yang digoreng agak kehitaman dan rasanya pahit.

Namun layanan dan cara yang dilakukan oleh YouTuber itu membuatkan warganet berasa kurang senang dan kasihan. Malah ada juga yang mengatakan Nasi Goreng Ular merupakan sesuatu yang menakutkan.

Hanya ini jualannya tiada yang lain?…

Kelakar sangat…

Kesian lihat bapaknya…

Sumber : YouTube The Santoso

tags: