Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Oyster Low Class B40..”, Kenyataan Angkuh Lelaki Ini Cetus Kemarahan Netizen

“Oyster Low Class B40..”, Kenyataan Angkuh Lelaki Ini Cetus Kemarahan Netizen

Kategori:
oyster low class

Makan oyster mentah sedang tular di kalangan pencinta seafood di Malaysia sekarang. Lebih-lebih lagi ia banyak dikongsikan oleh para artis dan influencer di TikTok. Jadi memang ramai yang ingin mencubanya.

Selain di restoran, fresh oyster ataupun tiram mentah banyak dijual di gerai streetfood. Ia dihadirkan bersama perahan jeruk lemon atau limau berbahankan dasar kicap. Fresh oyster diraikan oleh setiap lapisan masyarakat kerana rasanya yang unik dan lain dari lain.

“Oyster Low Class B40..”, Kenyataan Angkuh Lelaki Ini Cetus Kemarahan Netizen

Tetapi, hal bebeza yang berlaku di Facebook apabila seorang individu yang menyifatkan dirinya sebagai golongan T20 menyindir golongan B40 yang ingin memakan dan merasa fresh oyster ini.

oyster low class

“Sejak trend oyster ni viral banyak B40 friendly oyster dekat gerai, tak lama lagi banyak la oyster B40 pelik-pelik.

“Kepada gang B40 yang start makan oyster tu. make sure betul-betul fresh, takut tak fresh, nanti  keracunan pula. Juga perlu tahu asal oyster tersebut.

“Kalau kau cultured T20 with fine exquisite taste (macam aku) boleh lah try Atlantic Oyster ke, Kumamoto ke, Pacific Oyster.

“But then again kau tu B40, likely tinggal PPR makan dekat gerai sambil tangkap gambar dengan phone kau nak share dengan follower oyster low class B40 kau tu. Harap tidak kena food poisoning,”katanya dalam kenyataan oyster low class itu.

“Harap Tidak Kena Food Poisoning”

oyster low class

oyster low class

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang kesal dan marah dengan kenyataan yang berbaur merendahkan orang lain oleh seorang lelaki di Facebook berkenaan.

“Aku dulu kerja hotel, gaji biasa-biasa je, teringin sangat nak makan dah lama. Then kalau dapat pi buffet free, mesti cari oyster. Rasa syukur, sedap sangat.

“So bila sekarang dah viral, easey access affordable to buy, makan dengan cara begitu, biarlah sebab bukan semua orang mampu nak pi restoran have have semata nak rasa oyster.

“At least sekarag boleh lah merasa kan. Kadang orang akan rasa berseyukur sebab dapat merasa. Walau satu,” jelas seorang netizen di Facebook berkenaan kenyataan osyter low class B40 berkenaan dengan rasa kesal.

“Bukan Semua Mampu Nak Pergi Restoran Mahal Semata Nak Makan Oyster”

oyster low class

Melalui kisah ini, terbuktilah orang yang berpendidikan belum tentu beradab. Ada batasnya jika ingin mengeluarkan kenyataan dan pandangan kerana kita hidup dalam masyarakat pelbagai latar belakang.

Jika ingin menasihati pun, jangan sampai menghina. Raikan kepelbagaian yang ada.

Sumber: Jango Ria

Baca juga: “Siapa Ada Hilang Roti?”, Gelagat Kucing Curi Roti Gardenia, Buat Netizen Terhibur!

tags: | |