Benda yang paling ditakuti oleh ramai orang adalah apabila tiba-tiba termakan makanan yang beracun. Tanpa kita sangka makanan tersebut beracun namun kita termakannya.
Seperti mana yang berlaku kepada sembilan ahli keluarga di Dungun ini. Di mana mereka secara tidak sengaja telah termakan cendawan yang beracun. Sememangnya mereka tidak ketahui bahawa cendawan tersebut beracun dan tidak boleh dimakan.
Ibu kepada 8 orang anak, Nurul Musfirah telah memetik cendawan yang tumbuh di sekitar rumahnya dan dimasak lalu dijadikan menu makan tengah hari mereka sekeluarga.
Akibat dari itu, kesemua daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Untuk lebih lanjut jom kita ikuti perkongsian sebenar dari wanita yang dikenali dengan Nurul.
Selepas beberapa hari kejadian.
Alhamdulillah syukur. Hari ini Allah jentik hati ini untuk taipkan kisah yang menyayat hati terjadi kepada sekeluarga adik perempuan mokcik, iaitu dia bersama suaminya dan 8 orang anak-anaknya. Semua anaknya masih kecik-kecik.
Jam 3 petang kami dapat berita bahawa sekeluarga mereka telah keracunan cendawan, keadaan kritikal dan berada di klinik kesihatan. Mokcik pun apalagi, sepantas kilat capai kunci kereta. Bersama Mok Bonda ke klinik kesihatan.
Sampai di klinik kesihatan terlihat ambulans kat depan. Hati ni berkata adik ada kat dalam tu. Bila Mok Bonda check memang betul. Semuanya dah lembik…dah masuk air.
Adik perempuan mokcik hanya mampu tengok anak-anaknya tergolek menahan sakit. Dirinya sendiri sudah tiada daya upaya. Kurang dari satu jam kejadian tersebut, racunnya merebak begitu cepat. Hanya dengan 4 kuntum cendawan beracun je.
Perut mereka terasa panas dan terbakar. Isi perut dimuntahkan terus. Sehingga tiada apa pun lagi makanan yang ada. Akhirnya dimuntahkan pula darah. Dengan buih-buih di mulut mereka. Allahu Rabbi.
Mokcik follow ambulans rapat-rapat untuk ke Hospital Dungun. Mulut tak henti-henti minta agar Allah pulihkan semuanya. Sampai di Hospital Dungun. Mokcik terus park kereta dan ke ambulans tersebut.
Adik perempuan dan 4 orang anaknya ada kat dalam. Sakit teramat. Muntah tak henti. Allah je tahu perasaan mokcik time tu. Adik perempuan dah tak larat sangat-sangat dah tu. Mokcik pimpin dia untuk ke tandas.
Terasa badannya tu ringan nak jatuh je. Sorang-sorang ke tandas hospital. Akhirnya tandas tu adik perempuan dan anak-anaknya je yang conquer. Manakala suaminya dan anak-anak yang lain, ambulans dah ambik lebih dulu ke Hospital Dungun.
Keadaan mereka kritikal. Bila adik perempuan mokcik sampai, mokcik tengok para doktor berusaha sebaiknya. Terima kasih buat kesemua unit barisan hadapan di ICU Dungun. Jasamu semua hanya Allah lah yang membalasnya dengan sebaik-baiknya pembalasan. Alhamdulillah.
Mokcik dan Mok Bonda tidak berganjak. Kami tetap di situ sehinggalah jam 12 tengah malam. Kami tunggu result yang positif. Dan Alhamdulillah syukur ya Allah. Allah kurniakan keajaiban. Maha Baik Allah. Maha Suci Allah. Maha Besar Allah.
Keadaan kesemuanya dah stabil dan akan dimasukkan ke wad. Sujud syukur mokcik dan Mok Bonda. Hanyalah Allah tahu perasaan kami masa tu.
Dan hari ini kami ke rumah adik perempuan. Kami nak tengok cendawan yang mereka masak tersebut. Bonda dah pesan, bila tak pasti tanyalah Bonda dulu. Jangan sembarangan makan je. Hanya dengan 4 kuntum sahaja!
Racunnya itu begitu kuat. Mereka terselamat dengan izin Allah. Asbab tindakan cepat adik perempuan mokcik. Bila lihat anak-anak yang dan tergolek sakit perut dengan katanya perut terbakar. Disertai pula adik perempuan dah terasa pening. Allah sayang. Allah uji. Allah cinta.
Semoga kita semua beringat. Gambar di bawah tu adalah cendawan yang mokcik snap pagi tadi masa ke rumah adik. Dan gambar itu adalah gambar anak perempuannya yang dah stabil setelah bermuntahkan darah.
Ayat adik mokcik;
“Terima kasih Kakngah…saya ingatkan saya dah mati. Saya hanya mampu tengok anak-anak je masa tu. Tapi saya sikit pun tak mampu nak tolong mereka.”
Allahu rabbi.
Itulah dia kisah sekeluarga yang keracunan cendawan. Sekeluarga di ICU. Dan sekeluarga di wad.
Syukur, itulah antara perkataan yang boleh digambarkan. Hampir kehilangan nyawa disebabkan cendawan yang disangka selamat dimakan. Walaupun begitu, tak semua cendawan atau tumbuhan selamat tau. Hati-hati dalam setiap makanan yang kita hendak makan. Bimbang kejadian buruk seperti ini berlaku. Selagi kita boleh elak, elakkanlah.
Sumber: Nurul
Baca juga: Kisah Tragedi 5 Beradik, Meninggal Dunia Sebab Makan Telur Ikan Kurau Tapi Rupanya Telur…