Kebersihan adalah isu yang amat berat dan perlu diambil endah dan dijaga sebaiknya. Lebih-lebih lagi apabila ia berkait dengan pemakanan.
Namun tak semua individu mampu menjaga kebersihan dengan baik, begitu juga dengan segelintir peniaga makanan. Sudahlah berniaga makanan untuk dibeli dan dimakan oleh orang ramai namun kebersihan langsung tidak terjaga.
Ada peniaga yang sanggup menyediakan peralatan yang kotor, makanan yang tidak bersih dan tempat yang kurang menyenangkan. Terlampau banyak isu berkenaan kebersihan yang dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini.
Jadi buat korang semua yang nak makan di luar, memang tidak menjadi masalah namun pastikan kedai yang korang pilih sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. Bimbang kalau makanan yang disediakan oleh peniaga kotor, hilang serta merta selera.
Seperti mana yang dilalui oleh missgreenjhez, dia sempat berkongsi pengalaman menyedihkan saat makan di sebuah restoran ayam penyet. Menurut wanita ini, dari pagi dia tidak makan dan pastinya akan berasa lapar teramat sangat.
Namun seleranya hilang tiba-tiba walaupun pada mulanya dia berasa lapar memandangkan makanan yang sampai cukup membuatkan dirinya kecewa. Paha ayam yang sampai kelihatan kecut dan tidak menyelerakan.
Jelas kelihatan paha ayam tersebut sangat kecut dan keluar tulangnya. Malah sayur yang terisi di dalam bekas tersebut juga berkerak. Menurut wanita ini lagi, harga bagi ayam tersebut adalah RM9.40.
Ekoran itu, rasa laparnya tadi terus hilang dan dia langsung tidak menyentuh makanan tersebut walaupun pada ketika itu dia berasa terlalu lapar.
@missgreenjhez langsung tak sentuh ayam tu biarpun aku lapar gila masa tu🥲#missblack69 #missgreenjhez #ayampenyet
@missgreenjhez langsung tak sentuh ayam tu biarpun aku lapar gila masa tu🥲#missblack69 #missgreenjhez #ayampenyet ♬ Laughing, Woman – Authentic Sound Effects
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TiKTok yang menonton video berkenaan. Ada individu yang mengakui jika dia berhadapan dengan situasi sebegini, dia pun turut hilang selera.
Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh menyatakan ini memenyekkan duit rakyat dan bukan ayam.
Tidak kurang juga ada yang menganggap ianya adalah normal memandangkan di Gombak RM12 dan ada juga yang sempat menyatakan tukang masak dah rasa sedikit ayam tersebut.
Sebagai peniaga makanan, tidak kiralah yang meniaga ayam penyet ke, paha ayam ke, mee goreng ke, nasi bajet ke, pastikan makanan yang korang jual setanding dengan harganya. Servis yang korang sediakan juga haruslah sentiasa bersih dan selamat untuk pelanggan nikmati.
Sumber: TikTok missgreenjhez
Baca juga: “Aku Rasa Dia Ada Masalah Hidup..” Selamba Makan Kulit Durian, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Hebat