Sekadar video eksperimen sosial namun video yang telah viral di Tik Tok ini telah mengundang sebak warganet walaupun hakikatnya semua itu hanya lakonan semata.
Mana tidaknya, seorang bapa menipu anaknya bahawa dia sedang menikmati hidangan yang enak bersama rakannya. Namun sebenarnya hanya menjamah pau dan air kosong.
Video eksperimen itu bertujuan untuk mengetahui dan menguji reaksi orang ramai terhadap situasi atau peristiwa tertentu.
Menerusi video tersebut, seorang pak cik kelihatan sedang berbual dengan anaknya menggunakan telefon di sebuah restoran. Si anak bertanya adakah ayah sudah makan, lalu si ayah membalas sedang menjamu selera bersama kawannya yang memesan banyak hidangan.
Namun hakikatnya, di atas meja tersebut hanya terlihat air kosong dan sebiji pau.
Apa yang mengharukan, reaksi orang awam yang mendengar pebualan pak cik itu dengan anaknya itu membuktikan masih ramai orang yang baik hati dan mengambil berat tentang orang lain.
Mereka sebak melihat pak cik itu menangis dan dengan serta merta bangun membeli dan memberikan makanan kepada pak cik tersebut atas dasar perihatin.
Lihat video di bawah:
Sumber: @fazmeungg