Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Citarasa Hotel Dengan Harga Warung, Pak Mat Western Mudahkan Hidup Pelanggan. Netizen Suruh Buka Cawangan Seluruh Negara

Citarasa Hotel Dengan Harga Warung, Pak Mat Western Mudahkan Hidup Pelanggan. Netizen Suruh Buka Cawangan Seluruh Negara

Kategori:
Pak Mat Western

Dalam situasi negara yang mengalami kenaikan harga barang mendadak, agak susah dan jarang benar untuk menemui kedai makan yang menawarkan harga yang sangat murah.

Hal itu tidak boleh mempersalahkan penjual atas faktor tertentu. Seperti sedia maklum, mereka harus menanggung harga kos seperti kos modal, kos gaji pekerja dan kos yang berkait dalam ekonomi yang agak terumbang-ambing.

Citarasa Hotel Dengan Harga Warung, Pak Mat Western Mudahkan Hidup Pelanggan. Netizen Suruh Buka Cawangan Seluruh Negara

Pak Mat Western

Tetapi, lain dengan harga yang ditawarkan oleh restoran Pak Mat Western yang terkenal dengan harga yang murah dan makanan yang sedap rasanya.

Seperti satu hantaran tentang resit makanan bersama maklumat harga di Facebook yang dimuatnaik olehnya, ia mendapat perhatian netizen.

Ini apabila orang ramai seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat apabila harga yang dijual oleh Pak Mat Western sememangnya seperti tidak masuk akal.

Pada resit berkenaan, nasi lemak yang dijual di sana adalan 90 sen dengan ditambah telur mata 60 sen.

Di dalam resit yang sama, air milo  dijual dengan harga RM2.10 dan roti kaya RM1.50. Menjadikan kesemuanya hanya berharga RM14.60.

Nasi Lemak 90 Sen, Bantu Ramai Pelanggan

Pak Mat Western Pak Mat Western

Lantaran itu, ramai netizen yang menyuruhnya untuk membuka cawangannya di seluruh Malaysia.

Ia juga harus berdekatan dengan tempat belajar seperti universiti atau politeknik bagi meringankan beban pelajar yang mahukan makanan sedap tetapi dengan harga yang murah.

“Mari buka Sri Iskandar Perak tengah pulak. Ramai pelajar-pelajar sini. UiTM, UTP, Kolej Mara, IKBN,” cadang seorang netizen.

“Semua makanan sedap-sedap dan murah-murah. Bila nak buka cawangan dekat Kota Bahru Kelantan,” tanya netizen bernama Fakrul yang menyuruh restoran berkenaan membuka cawangan di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Makanan Sedap, Harga Murah, Mohon Buka Di Kawasan Ramai Pelajar

Pak Mat Western

Untuk rekod, beberapa cawangan Pak Mat Western kini telah bertapak ni negeri Pulau Pinang, Kulai Johor, Alor setar Kedah, dan Ipoh, Perak.

Waktu operasinya pula adalah dari jam 7 pagi hingga 12 malam.

Melihat bagaimana pelanggan suka dan berterima kasih kepada Pak Mat Western kerana menjual makanan dengan harga marhaen, semoga Pak Mat Western sentiasa dimurahkan rezeki kerana membantu orang ramai.

Korang yang nak try, boleh lah pergi ke cawangan terdekat dan menikmati juadah di sana.

Sumber: Pak Mat Western

Baca juga: “Macam Ni Orang Kita Niaga?”, Pelanggan Kesal Harga Karipap Cekik Darah, RM4 Untuk 3 Biji Tapi Guna Karipap Segera..

tags: |