Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pakar Nutrisi Ini ‘Dedah’ Kesedapan, Khasiat & Kebaikan Laksa Adalah Bergantung Kepada 3 Perkara Ini!

Pakar Nutrisi Ini ‘Dedah’ Kesedapan, Khasiat & Kebaikan Laksa Adalah Bergantung Kepada 3 Perkara Ini!

Kategori: ,
kebaikan laksa

Sejak kebelakangan ini memang heboh mengenai Laksa Johor di laman sosial. Mereka bergaduh sesama sendiri mengenai bahan yang digunakan. Seperti ikan, laksa dan spaghetti. Kejadian ini memang mendapat liputan yang meluas.

Tapi sudahlah tak perlu nak bergaduh atau berperang dilaman sosial mengenai bahan yang dimasukkan sehinggakan ada yang mengatakan akan jatuh standard dan sebagainya. Guna ikan apa tak penting pun sebenarnya. Asalkan rasanya tetap sedap dan menyelerakan.

Kebaikan laksa dan khasiatnya

Bukan sahaja sedap malah kebaikan dan khasiat yang kita makan itu kita tahu. Bercakap mengenai kebaikan dan khasiat laksa ini ada didedahkan oleh Pakar Nutrisi, Syaza Nutritionist menerusi laman facebook Makmal Makanan.

Menurut beliau khasiat, kebaikan dan kesedapan laksa itu bergantung kepada tiga perkara. Yang pertama adalah nutrisi ikan yang digunakan dalam laksa. Setiap ikan yang anda masukkan ke dalam laksa adalah berbeza nutrisinya. Sebagai contoh, jika anda menggunakan 100g ikan parang jumlah nutrisi dari seekor ikan tersebut adalah 102kcal untuk tenaga. Protien 20.4g, Fat pula 1.9g dan karbo 0.7g.

Yang kedua pula adalah nutrisi jenis mi laksa. Setiap 1 cawan mi yang digunakan akan memberikan impak yang agak besar kepada anda. Bagi 1 cawan laksa ia mengandunggi 183kcal. Untuk mihun pula ia mengandungi 184kcal dan untuk spaghetti ia mengandungi 157kcal.

Akhir sekali kalori laksa yang dimakan oleh anda. Antara Laksa Johor, Laksa Utara, Laksa Serawak dan Laksa Terengganu yang paling tinggi kalorinya untuk satu mangkuk adalah Laksa Terengganu. Jadi makanlah mengikut citarasa anda tetapi yang penting jangan abaikan kesihatan ya. Seeloknya pemilihan laksa yang kita makan perlulah dalam kuantiti yang sederhana.

Kredit : Syaza Nutritionist Via Makmal Makanan

Baca juga: Pernah Makan Laksa Thai? Kalau Belum, Jom Buat. Sedap Sangat, Ini Resepi Mudahnya!

tags: |