Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hati-Hati Pakcik..” Kaki Alahan, Pakcik Ini Gigih Guna Kerusi Demi Secawan Kopi Buat Ramai Risau

“Hati-Hati Pakcik..” Kaki Alahan, Pakcik Ini Gigih Guna Kerusi Demi Secawan Kopi Buat Ramai Risau

Kategori:
pakcik-guna-kerusi-demi-secawan-kopi

Umum mengetahui bahawa baru-baru ini daerah di Pantai Timur dilanda banjir yang teruk. Malah banjir kali ini turut berlaku kepada mereka yang tidak pernah melaluinya. Banjir besar yang melanda Pantai Timur kali ini menjejaskan ramai penduduk. Lebih-lebih lagi penduduk di Negeri Terengganu.

Sayu hati saat melihat kemusnahan yang berlaku dek kerana banjir. Pelbagai kisah yang terpapar di media sosial. Ada kisah sedih, ada kisah bahagia, ada kisah lucu, ada kisah menakutkan dan pelbagai lagi kisah.

Kisah lucu dan menggelikan hati itu pasti disimpan rapi di dalam hati. Kejadian tersebut pasti menjadi kenangan di antara diri masing-masing.

Kaki Alahan Air Kotor, Pakcik Ini Gigih Guna Kerusi Demi Secawan Kopi Buat Ramai Risau

Seperti mana yang dikongsikan oleh menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan gelagat abang nya yang membuatkan ramai terhibur. Sewaktu kejadian banjir yang melanda rumahnya di Jerteh, abang kepada pemilik video ini menggunakan kerusi untuk berjalan di dalam air banjir yang memasukki dapurnya.

Gelagatnya yang mengheret 2 buah kerusi dari satu tempat ke tempat seterusnya semata-mata untuk membuat secawan kopi cukup membuatkan orang ramai terhibur dan risau. Namun jauh di sudut hati, terdetik rasa kasihan di dalam hati melihat pakcik berkenaan yang bersungguh-sungguh mengheret kerusi untuk mendapatkan secawan kopi.

secawan kopi

Difahamkan, pakcik berkenaan terpaksa berjalan menggunakan kerusi kerana dia alahan terhadap air kotor. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas sebelah tangan pakcik berkenaan sedang memegang cawan dan botol air. Manakala kaki pula mengheret kerusi langkah demi langkah.

“Dalam kesedihan ada kelucuan. Buat hiburkan hati sementara. Abang saya dia kaki allergic, tak boleh kena air kotor jadi gatal. Jadi kerja dia, demi secawan kopi”, tulis Nasi Arab Laman Tasik dalam dialog Kelantan.

@nasiarablamantasik Hiburan semeta wak hibur hati yg koyak😆 #banjir2022 #banjirjertih ♬ original sound – Nasi Arab Laman Tasik

Pakcik hati-hati.. saya pulak takut tengok..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang meluahkan rasa risau kerana takut terjatu dan ada juga yang menasihati pakcik ini agar berhati-hati.

“pkcik hti²..sy plk tkut tgk kaki kusi tu tlekat” tulis cingkrangkongkeng

“aduii..risau takut terjatuh je…kerusi plastik tu bahya..mudah pecah…cr yg plastik tebal bangku rendah..lgkh keselamatan”, tulis celagee

Dalam masa yang sama ada juga yang menyarankan agar pakcik ini membeli kasut kebun.

“Belikan boot hitam yg org pakai g kebun tuu je risau plk nengoknya takut jatuh je” , tulis Iqa

“bahaya aihhh… pakaila kasut getah yg tinggi tu.. kasut phua chu kang tu..”,- Azeera Aziz

Manakala Adahsani sempat juga berkongsi mengenai pengalamannya ibunya yang pernah terseliuh kerana naik kerusi seperti yang digunakan oleh pakcik ini. “hati2..risau pulak..mak sy naik kerusi ni la..tergelincir kaki terseliuh..mkn tahun jg nk sembuh”

Melihat kepada cara pakcik ini memang agak bahaya. Takut tiba-tiba kerusi tersebut patah kakinya terus tersungkur pakcik ni nanti. Secawan kopi ke mana, pakcik ini pun ke mana. Walau apapun kami mengharapkan agar pakcik ini dalam keadaan selamat dan sihat sentiasa.

Sumber: TikTok Nasi Arab Laman Tasik

Baca juga: “Hancur Hati Tengok..” Mangsa Banjir Kelaparan, Makcik Ini Menangis Bila Dapat Makanan

tags: | | | |